Monday 10 February 2014

KRISIS PENYEMBUHAN : KULIT GATAL2 DAN BERMASALAH?

Pagi ni saya nak share pasal gatal2 di badan selepas makan vitamin. Perlulah anda ketahui, dalam jangka masa penyesuaian supplemen dengan tubuh kita, ada kemungkinan penyakit2 yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul semula, biasanya ia akan terjadi selama beberapa hari. Walau bagaimanapun, bagi tubuh yg lemah, ia akan mengambil masa yg lebih lama untuk pulih.

Maklumlah nak bongkar penyakit lama2 kan.. dan nak cover balik apa yang badan kita kurang atau terlebih.


Mari kita lihat jika anda mengalami masalah ini pada KULIT selepas mengambil vitamin ;

-Peluh Masin: Tahap asid urea disebabkan oleh pengambilan daging dan makanan terproses.

-Peluh berbau :Tahap toksin yg tinggi di dalam tubuh , detoksifikasi melalui peluh

-Macula dan bernanah- Detoksifikasi lemak & toksin larut air oleh tubuh

-Macula yg gatal-Pengambilan terlalu banyak ubat2an yg mengandungi bahan kimia

-Jerawat- Stress untuk jangka masa yg panjang, tidur lewat, diet tidak betul, malnutrisi, menandakan proses detoksifikasi oleh hati, usus, dan endokrin yg mengawal selia.

-Kulit luka dan berair- Detoksifikasi toksin larut air

Rambut gugur-Fungsi ginjal lemah, tubuh dapat dapat mengekalkan nutrisi melalui rambut gugur. Rambut yg akan tumbuh akan lebih lebat dan sihat bila simptom berhenti.


Haa saya harap jika anda mengalami simptom2 ini selepas makan supplemen kami cuba ingat2 balik penyakit yg anda pernah ada dan ia dibongkar semula utk proses penyembuhan.

Sahabat saya sorang ni, lepas makan alfalfa contohnya kulit terasa gatal2 dan miang2 satu badan. kebetulan beliau ada diabetes. Bila gatal2 seluruh badan ia menandakan tubuh kita sedang bereaksi dengan kesan ubat, bahana akibat pengambilan terlalu banyak ubat-ubatan yg mengandungi bahan kimia.

Saya sendiri pun masa awal2 makan Alfalfa mcm tulah..gatal2 kat belakang badan, rasa miang dan naik ruam. Lama jugak mcm tu. Mgkin sebab dulu saya selalu kena amik antibiotik, saya dulu kerap ulser mulut tau...huwaaaa.

Sejak consume supplemen Shaklee , saya replace antibiotik dengan nutriferon, garlic dan vitamin C. Alhamdulillah, dengan izin dan kuasa Allah saya dah jarang ulser mulut ni.

kalo tidak, beranak kat dalam mulut rata, atas dan bawah lidah, sampai pernah tekak pun bernanah. Syukur syukur syukur.

Sebab itulah saya nak sangat berkongsi kebaikan supplemen Shaklee dengan anda semua dan lebih ramai org di luar sana. Takkan saya nak sihat sorang2 je kan kan...

tak kenal maka tak cinta. Dah kenal semakin cinta cewaahhh...

Jom ketahui lepas ni next entri pasal healing krisis kat tempat lain pulak ;).

Jadi, nasihat saya, tak perlu risau tentang masalah yang anda hadapi setelah mengambil multivitamin shaklee ni. Apa yang penting, anda perlu terus terang dengan saya apa masalah yang anda hadapi, Insya Allah saya akan bantu.

Jika anda sudah mempunyai niat untuk mengamalkan shaklee sebagai makanan tambahan anda, teruskan niat anda dengan yakin lah dengan produk shaklee dan yang paling utama yakinlah bahawa segalanya bantuan dari Allah, shaklee hanya sebagai usaha kita untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik...Insya Allah...

KANSER ENDOMETRIUM (RAHIM)

Para wanita tolong lah amek tahu ni..

Kanser Endometrium(Rahim)- Ini adalah rahim wanita yang telah dibelah oleh doktor, Ianya sangat busuk mungkin disebabkan oleh bahagian yang berwarna kuning itu.

Mengikut teori saintifik, tisu endometrium yang mengalir ke dalam abdomen bersama darah haid akan melekat di organ keliling rahim dan tumbuh di situ. Seterusnya, setiap kali pendarahan haid berlaku, tisu ini akan tumbuh dan berdarah. Tisu ini selalunya terdapat di

1.Ovari
2.Belakang rahim
3.Dinding rahim atau otot rahim
4.Saluran fallopian
5.Parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak
6.Parut bekas pembedahan laparoscopy atau laparotomy
7.Pundi kencing


Tanda-tanda endometriosis:

- Senggugut atau sakit pada bawah perut dan pinggang.
-Berlaku sebelum datang haid dan berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian pelvic dan juga ke bahagian pinggang
-Ketidaksuburan dan kemandulan
-Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
-Ketumbuhan

Diagnosa endometriosis. Endometriosis hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan:
• V.E ( vagina examinatination ). Pemeriksaan vagina di lakukan di mana perasaan sakit timbul apabila disentuh
• T.V.S ( vaginal ultrasound scan). Ultrasound yang dilakukan melalui faraj boleh mengesan cyst pada ovari
• Laparoskopi Hanya pemeriksaan ini yang dilakukan melalui pembedahan kecil di abdomen yang dapat memastikan diagnosa endometriosis

KAITAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS DENGAN KANSER:

Wanita yang mengidapi penyakit endometriosis lebih cenderung mengalami beberapa jenis kanser. Satu kajian terkini yang dijalankan di Sweden sejak 20 tahun kebelakangan ini, dan melibatkan seramai 20000 orang wanita pesakit endometriosis, mendapati peningkatan beberapa jenis kanser di kalangan wanita tersebut

1. Kajian ini yang dilaksanakan selama 11 tahun menjumpai peningkatan risiko kanser-kanser saperti kanser ovari (90%), kanser darah (40%) dan kanser payudara (30%), pada wanita yang mengalami penyakit endometriosis berbanding dengan mereka yang tidak. Selain dari itu, satu penemuan penting ialah wanita yang mengalami penyakit endometriosis khususnya di ovari mempunyai risiko tinggi mengalami kanser ovari. Jenis kanser ovari yang paling biasa ialah kanser endometrioid dan kanser clear cell carcinoma

2.Penemuan-penemuan ini susah dipertikai kerana faktor-faktor lain (confounding factors) diambilkira sebelum keputusan dibuat, dan jumlah pesakit yang dikaji yang besar. Malahan, satu lagi kajian yang lebih besar di Sweden mendapat keputusan yang sama dengan kajian ini

3. Kajian spesimen lepas bedah kanser ovari juga mendapati kebanyakan kes mempunyai endometriosis atau sista endometriosis

4.Penyakit endometriosis melibatkan antara 7% hingga 15% wanita dalam golongan subur.Wanita yang mengalami perasaan sakit senggugut, pendarahan haid tidak teratur dan ketumbuhan di pelvis mungkin mengidapi penyakit endometriosis. Mengikut Persatuan Kanser Amerika, risiko seseorang wanita mengidapi penyakit kanser ovari ialah 1.4% sepanjang hayatnya

5. Oleh itu, para pesakit dan doktor perlu peka terhadap kemungkinan berlakunya penyakit kanser dikalangan wanita saperti ini. Pemeriksaan ultrasound dan pengeluaran sista adalah tindakan-tindakan penting yang disyorkan...

Kredit to: Hidup tanpa kanser


Ada pesakit yang survive dari kanser setelah mengamalkan antioksidan yang tinggi. Vita ACE iaitu Vitamin A ( Carotomax, Vitamin C dan Vitamin E) membantu dalam mencegah kanser dari berulang.

Bagi kesihatan rahim dicadangkan GLA Complex...kenapa? Gla Complex mengawal keseimbangan hormon, melancarkan haid dan merawat senggugut. ada banyak testimoni pengguna cyst tak jadi bedah dengan GLA Complex.

Berusahalah untuk sihat, bersangka baiklah pada Sang Pencipta. Tiada sakit yang DIA turunkan kecuali ada penawarnya. Kuatkan semangat dan jangan sesekali berputus asa.

Ada juga wanita yang perutnya kembali kempis setelah amalkan GLA COMPLEx kerana ia merawat cyst yang tumbuh merata di dalam perut hingga kelihatan seperti mengandung!

Bagi kes2 seperti kanser dan rawatan selepas kanser macam saya cakap tadi ialah antioksidan Vita ACE.

Saya akan kongsi lagi secara lebih terperinci apa itu vita ACE dan fungsinya.

Saya berminat dan sangat teruja membantu orang lain supaya lebih sihat dan mendapat kehidupan yang lebih baik dengan izin Allah.