Thursday 28 November 2013

UBAT VS SUPLEMEN


UBAT


SUPLEMEN

Ramai orang yang kurang faham atau keliru di antara ubat dan suplemen (makanan tambahan). Ada yang enggan mengambil suplemen (makanan tambahan) kerana menganggap ianya seperti ubat-ubatan hanya kerana persamaan dari segi bentuk seperti biji, kapsul dan cecair. Sebenarnya kedua-duanya adalah berbeza. Disini saya akan berkongsi dengan anda semua apakah perbezaan di antara ubat dan suplemen supaya anda tidak akan keliru dengan kedua-duanya.

PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT.

Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......

OSTEMATRIX SHAKLEE : KENAPA IANYA PENTING?



Perbezaan Shaklee :

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada suplemen adalah dengan mengukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas penggunaan suplemen. Penggunaan hanya dua caplets dari osteomatrix menyebabkan peningkatan statistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12 jam.

MANFAAT UTAMA :

~ Menguatkan Tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

~ Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

~ Meringankan Stress - ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur yang selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

~ Memperbaiki Masalah Haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

~ Pengalkalian Tubuh - kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

~ Memperbaiki Hiperaktiviti Perut dan Sakit Gastrik

~ Vitamin D - dinamakan vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.

SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN D?

- Vegetarian,

- Individu melebihi 55 tahun

- Wanita hamil

- Kanak-kanak



BAGAIMANA MEMILIH KALSIUM PREMIUM?

* pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium

* elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum

* elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral

Monday 25 November 2013

MANFAAT VITAMIN B-COMPLEX



Apakah manfaat utama B-complex dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1

Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum

Manfaatnya :

~ melancarkan metabolisme

~ melancarkan peredaran darah

~ mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak

~ mencegah terjadinya kerosakan urat saraf

~ memulihkan gangguan saraf


Vitamin B6

Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk

Manfaatnya :

~ memlancarkan metabolisme

~ meningkatkan kekebalan tubuh

~ menjaga keseimbangan garam-garam mineral

~ membantu sintetis RNA dan DNA


Vitamin B12

Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut

Manfaatnya :

~ mencegah kerosakan urat saraf

~ membantu pembentukan sel darah merah

~ melancarkan metabolisme sistem tubuh

~ mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

APAKAH YANG BERLAKU SEKIRANYA KITA KEKURANGAN B-COMPLEX?

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK


1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA


1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

VITAMIN PENTING UNTUK IBU MENGANDUNG

Salam sayang buat pembaca setia blog beautystylistar..

Entry kali ni kb nak share tentang satu berita gembira yang baru je kb dapat tahu..hehe

Kb akan dikurniakan anak buah lagi. Wah!! sape tak happy kan..syukur, bertambahlah ahli keluarga kb. Sebelum kb panjang lebar cerita tentang entry kali ni jom kb kenalkan dengan anak-anak buah kb yang comel-comel ni...


Inilah die buah hati kb. Masing-masing dengan perangai yang sentiasa buat kb happy bile bersama dieorang ni. Terutama si kecik ni. Name die Nur Husna Safrina bt Ismail. Yang si abang nama die Omardeen Hakimi bin Ismail. Si kakak pula bernama Nur Ain Farhana bt Ismail. Name pun comel-comel kan..hehehe

Act kb bukan nak cerita tentang anak buah kb ni, tapi kb nak cerita macam mana kb boleh tahu yang kb akan dapat anak buah lagi..coming soon..heheh..

Baru-baru ni kaklong kb datang rumah nak beli vitamin shaklee. kb pn tanye die nak vitamin ape. Die pun cakap la nak makan vitamin untuk pregnant. Eh? kaklong pregnant ke? die dok senyum simpul. Hehehe.. Alhamdulillah, kb pun suggest untuk trimester 1 punye vitamin. Jom kite tengok vitamin trimester 1 shaklee.


Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :-

- dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil

- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir

- membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.

- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.

Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.

jom tengok pula antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

~ Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

~ Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.

~ Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.

~ Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :-

~ Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.

~ B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid

~ Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

~Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Boleh juga add on :

~ Vitamin C - menguatkan sistem imun ibu hamil
~ ESP - memberi tenaga untuk si ibu dari alahan dan sentiasa sihat dan bertenaga selama proses hamil


Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan?

Jadi, kaklong kb pun ambil set trimester 1 iaitu vita lea, vita c, ostematrix dan b complex selepas kb terangkan satu persatu fungsi dan kebaikan-kebaikan produk tersebut. Semoga bayi yang bakal lahir sentiasa sihat dan mendapat nutrisi yang seimbang bersama kesihatan ibu yang berpanjangan semasa proses hamil..Insya Allah..


Ha..inilah kaklong kb. Moga kaklong dan bayi sentiasa sihat bersama multivatamin shaklee..

Thursday 21 November 2013

OMEGA GUARD : APA ITU EPA DAN DHA?

Kita sering dengar tentang DHA dan EPA. Tapi, tahukah anda apa itu DHA dan EPA ini?

DHA (Asid Dokosaheksaenoat) dan EPA (Asid Eikosapentaenoat) lebih kita kenal dengan Omega 3. Sedangkan AA (Asid Arakhidonat) dikenal juga dengan Omega 6. Baik DHA, EPA dan AA adalah suatu golongan asam lemak esensial tak jenuh yang sangat diperlukan oleh bayi dalam perkembangan otak dan masa emas pertumbuhannya.

Pada saat baru lahir, masa otak bayi hanya 25% dari otak orang dewasa sedangkan pada saat berumur 2 tahun masa otaknya mencapai 75% dari otak orang dewasa. Jangkamasa 0-2 tahun ini kita kenal dengan "golden period", iaitu masa emas pertumbuhan otak anak.

Mengapa DHA, EPA, dan AA sangat penting bagi bayi?

DHA, EPA, dan AA merupakan bahan utama dalam pembentukan serabut saraf dan prostaglandin yang diperlukan untuk kekebalan tubuh dan pembekuan darah. Beberapa penelitian inilah yang menunjukan kombinasi DHA, EPA, dan AA dapat meningkatkan fungsi kognitif dan kemampuan visual pada bayi.

Penelitian tersebut menyebutkan adanya hubungan antara IQ anak pada saat umurnya mencapai 3 tahun dengan skor "problem solving".
Dengan kata lain, berdasarkan penelitian dia atas, bayi yang menerima suplemen DHA dan AA ini mungkin cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi daripada bayi yang tidak menerima suplemen DHA dan AA.

Kesan Pengambilan EPA dan DHA Kepada Kandungan

Wanita mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan penglihatan untuk proses berfikir dan melihat).

Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari, wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur 4 tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko elergik.


Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA Kepada Kanak-kanak

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protin, fiber, mineral dan vitamin. Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu diambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linolenik asid dan alpha.

Linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh didapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha-linolenik asid akan ditukarkan kepada omega-3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Omega-3 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia iaitu berperanan sebagai :

~ sistem imun badan - terutamanya di dalam tindak balas elergik
~ sistem pencernaan - mengawalatur sistem pencernaan perut
~ membaik pulih sel - pembentukan sel-sel baru
~ suhu badan - memastikan suhu badan pada tahap normal
~ tekanan bendalir - pada bahagian mata dan telinga


*sumber : Omega-3 Oils - A practical guide

Oleh itu, kesimpulannya, untuk perkembangan otak kanak-kanak, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapatkan khasiat yang seimbang. Contoh makanan yang kaya dengan omega-3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam, kekacang dan sebagainya. Namun, adakah makanan tersebut masih mempunyai DHA dan EPA yang tinggi setelah melalui pelbagai proses? Oleh itu, Omega Guard Shaklee menyediakan EPA dan DHA yang lengkap terutamanya dalam diet seharian anda.


ISTIMEWANYA SHAKLEE OMEGA GUARD

Ultratulen Bergred farmaseutikal
Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui satu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
*sumber : Buku Nutrisi Shaklee


OMEGA GUARD : MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA


Apakah kelebihan Minyak Ikan Omega Shaklee ni ye?? Jom kite tengok..

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 janis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu kajian yang dijalankan, membuktikan Omega Guard Shaklee dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA.

Kebanyakan pengusaha-pegusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh manapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahannya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

Manfaat Utama Omega Guard Shaklee :

1. ASID LEMAK
~ Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan
~ Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan
~ Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos
~ Boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan

2. MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN SERTA PERKEMBANGAN MEMORI
~ DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia sangat penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi DHA yang sangat tinggi
~ DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
~ Mencegah penyakit alzheimer
~ Memelihara penglihatan dan pendengaran
~ Mencegah migrain
~ Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA

3. MENINGKATKAN SISTEM IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
~ Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE(lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang

4. MENENTANG KANSER
~ Boleh mencegah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser prostat, dan kanser kolon
~ Boleh meningkatkan enterogastritis
~ Merangsang kesihatan hati selepas pembedahan
~ Membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif

5. MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI (ARTHRITIS)
~ Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan yang boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
~ Mencegah arthritis
~ Memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif

6. MENCEGAH INSOMNIA DAN MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN
~ EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi
~ Membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan(anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia


OMEGA GUARD : HADIAH ISTIMEWA AYAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Entry kali ni kb nak kongsikan cerita tentang orang yang kb sayang. Yang banyak berkorban untuk membesarkan kb, tidak pernah kenal erti putus asa dalam mencari nafkah untuk kb dan keluarga serta seorang ayah yang penyayang dan suke ambil berat tentang hidup anak-anaknye.

Jadi, setelah umur kb mencecah 28 tahun ni, kini giliran kb pula mengambil berat dan mengambil tahu tentang kehidupan seseorang yang bergelar ayah ini.


Inilah ayah kb, Encik Abdul Hamid bin Hitam. Sekarang memasuki umur 56 Tahun. Meh kb cerita serba sedikit tentang sejarah kesihatan ayah kb ni. Kalau nak tahu ayah kb ade masalah saluran jantung tersumbat dan masalah usus kembang. Doktor cakap usus ayah membengkak. Jadi ayah sukar nak lawas najis menyebabkan perut ayah membuncit. Doktor sahkan juga terdapat kudis sedikit di dinding usus ayah akibat menyimpan toksin yang lama, usus jadi luka. Kalau nak tahu, sejak tahu masalah usus ayah ni, baru ayah cerita jika nak buang air besar, mesti duduk lama kat toilet sebab susah nak teran, susah najis nak keluar. Kesian ayah.

Selain masalah usus, ayah juga mengalami masalah kolesterol yang tinggi menyebabkan saluran jantung tersumbat. Bile dengar, Ya Allah, hati sedih+pilu. Kb doa harap apa yang doktor cakap tu tak benar pun. Tapi bila difikir balik, mungkin ada benar cakap doktor memandangkan ayah memang suka masakan bersantan. Terutama kepala kambing masak rempah. Kalau jemputan majlis kenduri, belah-belah kampung pasti buat kambing masak rempah, ayah tak pernah tak pergi. Dalam kamus hidup ayah, wajib hadir jemputan. Bukan sebab nak jaga hati ke apa, sebab tak nak terlepas favourite food die tu la. Tapi kalau tak de kambing masak rempah, ayah akan pergi jugak jika ade jemputan, tapi tidak seexcited adenye lauk kambing masak rempah.

Kalau tak ada jemputan kenduri pun, ayah akan makan masakan lemak cili api. Walau apa pun lauk yang dihidangkan, pasti masak lemak nombor satu die akan request. Betapa pure nogoghi la katakan. Hehehhee. Dan sejak itulah kb mula risau dan selalu ingatkan die tentang pengambilan makanan terutama makanan berlemak.


Sejak jadi independent ditributor Shaklee ni, kb nekad nak jaga kesihatan family kb dengan sebaik mingkin. Insya Allah, terutama ayah tersayang ni. Kb terus bagi ayah makan Omega Guard Shaklee. Bagi kb inilah hadiah yang terbaik yang kb hadiahkan untuk ayah berbanding barang-barang berharga. Syukur bertemu Shaklee seawal ini. Sejak tu, kb consult ayah dengan sebaik mungkin dan setiap hari, setiap malam akan call die. Hehehehe. Sape tak sayang ayah kan.

Kenapa kb bagi ayah Omega Guard Shaklee? Bukan produk yang lain? Jom tengok salah satu manfaat Omega Guard Shaklee.


1. MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK
~ DHA dan EPA boleh menentang thrombosis
~ Tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah
~ Melincirkan saluran darah
~ Peredaran darah yang lancar
~ Efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala
~ Merendahkan kolesterol
~ Menghindarkan pembekuan darah di dalam badan
~ Membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
~ Mengawal masalah obesiti
~ Mencegah arteriosclerosis
~ Myocardial infraction
~ Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

Ok, cukup setakat ini dulu tentang manfaat Omega Guard. Kb akan detailkan lagi dalam entry seterusnye. Cume dalam entry kali ni, kb just nak share tentang betapa pentingnya kesihatan orang tersayang terutama ibu dan ayah kita.

Jika nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi kb terus@whatsapp. Kb akan melapangkan masa untuk kalian yang betul-betul mementingkan kesihatan dan pengambilan vitamin. Moga kisah ayah kb ini membuka mata kita untuk lebih prihatin dan sedar atas tanggungjawab kita yang sebenarnya pada ibu dan ayah.

Bagi kb pengambilan vitamin ini bukan 100% akan menyembuhkan penyakit ayah kb, namun kb rase inilah peluang dan ruang yang patut kb ambil sementara masih diberi kesempatan sebab kb bukan orang yang senang untuk bawak ayah membuat pembedahan dan sebagainya jika suatu hari ayah kb berada di situasi seperti itu. Jauh disudut hati, biarlah kb berusaha dari sekarang sebab kb yakin dengan keberkesanan produk Shaklee dan ketentuan Allah Yang Maha Kuasa. Yang penting kb dah jumpa jalan, why not kb cube kan?

Okeh, sebelum panjang lebar, kb letak lagi gambar bersama ayah tersayang. Hehehe. Yesss.. Kb memang anak ayah.


SETIA KE HUJUNG NYAWA



Tuesday 19 November 2013

VITA C 500 mg : KULIT HALUS MULUS


"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet Vitamin Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Apakah Manfaat Utama Vitamin C Complex Shaklee??

1. Membentuk Kolagen > merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan > kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun > membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangai Kanser > ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan Kulit > ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia > Ia memperbaiki insomnia, stress berkaitan masalah mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat > ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


AMARAN!!!

~ 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C (jauhilah ROKOK!)

~ keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C (relax, jangan risau-risau ye, cari jalan penyelesaian dengan baik)

~ kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak (boleh tukar dengan ostematrix)

~ terlebih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit birit (ikut jadual)

TAHUKAH ANDA??

Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri, seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula vitamin C larut-air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh itu, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.

VITAMIN C YANG MEMADAI DARI BUAH?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh itu, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

MEAL SHAKES : ANAK SIHAT IBU CERIA


Perbezaan Shaklee :

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejanis susu)dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan :

~ bayi
~ pelajar
~ kanak-kanak membesar
~ ibu mengandung
~ para atlet
~ pengamal sayuran (vegetarian)
~ orang sakit
~ orang yang sibuk bekerja
~ orang yang selalu mengambil makanan segera

Selain itu, jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan bijak

Apakah Manfaat Utama Meal Shakes Shaklee??

1. Nutrisi lengkap > menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2. Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh > kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

3. Membantu Tumbesaran > mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

4. Anti-Oksida > mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5. Mengembalikan Seri Wajah > mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

6. Detoksifikasi > kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

7. Kelazatan Rasanya > minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

Selain tu, Meal Shakes Shaklee ni beraroma aiskrim tau. Memang rase best je nak minum. Meal Shakes Shaklee ini juga boleh dicampur/dikisar dengan buah-buahan, Shaklee Energizing Soy Protin, atau apa jenis minuman kegemaran. Sangat-sangat lazat dinikmati dalam air sejuk mahupun panas.

B COMPLEX : PILIHLAH B COMPLEX YANG BAIK


Bagaimana Memilih B-Complex Yang Baik?? Jom kita tengok...

1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)

2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin

3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar

4. Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)


Jadi, mana yang paling murah sebenarnye?? Anda nilailah sendiri. Dapatkan kesihatan yang berpanjangan dengan pilihan yang lebih bijak.

Friday 8 November 2013

MANFAAT UTAMA B-COMPLEX

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B-kompleks Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari.


Jom tengok manfaat utama b-kompleks :

~ Menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan

~ Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

~ Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang

~ Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut

~ Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus

~ Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut

~ Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mangambil ubat hormon dan ubat tahan sakit

~ Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau

~ Detoksifikasi - meredakan alahan