Monday 28 October 2013

PROGRAM MASCEL SHAKLEE

27/10/2014 AHAD

Saya ingin berkongsi sedikit cerita saya berkisar tarikh ini. Entah keberapa kalinya saya menghadiri majlis seperti ini yang mana leader2 diraikan (majlis shaklee 1st time). First of all terasa sangat teruja bila melihat master2 yang telah berjaya naik rank. Rasa yang sangat xdapat saya gambarkan apabila dapat bergambar bersama Master Cery iaitu pucuk pimpinan teratas susur galur saya di dalam bizness Shaklee ni. Orangkata pangkat onyen la..hehehehe..saya kongsikan gambar bersama beliau


Master Cery seorang yang sangat humble berjubah kelabu, orangnye kenit tapi semangat yang membara menjadi keterujaan saya bila bergambar bersama beliau. Juga bergambar bersama sideline2 dibawah bimbingan omak Nur Hazwani Nadiah bertudung pink..hehehe.. sentiasa memberi kata2 perangsang dan semangat. Orang kata ambil aura la bergambar ni. Memang sangat teruja.

Act program mascel ini adalah untuk meraikan master coodinator iaitu Master Farah.


Beliau yang dulunya adalah seorang jururawat IJN manakala suaminya seorang peniaga burger. Sangat-sangat memberi sumber inspirasi. Bagaimana mereka terjerumus ke dalam perniagaan shaklee ini ketika master farah sendiri menyusukan bayinya dengan menjadikan multivitamin shaklee sebagai makananan tambahan untuk dirinya juga bayi tersayang.

Selain itu, disebabkan perniagaan burger hanya biasa-biasa, suami kepada master farah berjinak-jinak dengan perniagaan shaklee hanya melalui medium facebook dan blog seperti yang saya lakukan sekarang. Sehingga lah mereka berjaya seperti sekarang.


Inilah dia antara pengisisan yang dapat saya kongsi sedikit bersempena ucapan master farah. Jika kita mempunyai niat, akan terlahirlah perkara-perkara positif tersebut sebagai pendorong kita untuk meneruskan perjuangan dalam apa jua keadaan kita sekalipun. Disertakan dengan usaha dan doa yang harus dipanjatkan kepada Allah s.w.t. Jadilah kita seorang yang meminta-minta hanya dari Allah.

Lagi gambar bersama nanny tersayang kak Lydzar Rusman dan omak tercinta Nurhazwani Nadiah serta sideline-sideline yang sanggup bersusah payah dengan membawa anak-anak kecil. Sangat memberi sumber inspirasi atas semangat mereka..


Ni gambar atas stage, pinjam sekejap stage master farah, ambil berkat..hehehe

Sunday 27 October 2013

SUSU IBU TIADA SELEPAS BERSALIN

Saya ingin kongsi kan cerita yang saya lalui baru-baru ini dengan pengalaman seorang ibu yang baru bersalin melalui pembedahan.
Pada satu malam saya dikejutkan dengan panggilan dari rumah sebelah (mama kepada kawan saya yang baru bersalin) sebab die nak nak beli suplemen yang boleh membanyakkan susu badan.

Saya mula berdebar, yelah, tibe2 org panggil tengah2 malam..sape yang xkaget ya ngak? hehehe..Si mama ni pun cerita la yang anak die baru lepas bersalin (kawan saya). Owh, saya pun lega sedikit dan panjatkan rasa syukur, akhirnye dapat dah baby. Saya ni bile lagi agaknya..hehehe..terfeel plak.

Dipendekkan cerita, makcik ni cerita lah yang anaknya xde susu untuk diberikan pada baby yang baru dilahirkan, saya pun terangkan serba sedikit tentang set menyusu yang terdapat dalam brand Shaklee. Nak tau apa yang saya suggest? Jom tengok


Inilah set yang saya cadangkan. Tapi memandangkan saya hanya ada stok Alfalfa waktu tu, saya pun suggest ke die. Suami kawan saya ni pun beli la hanya Alfalfa. Alhamdulillah, saya rasa lega dapat berkongsi kebaikan set menyusu Shaklee ni pada kawan saya. Selang beberapa hari saya kerumahnya, saya melihat baby yang comel n tembam. Kawan saya pun cerita la selepas pengambilan Alfalfa, Alhamdulillah, susu semakin banyak. Itulah khasiatnya Alfalfa Shaklee, yang sememangnya sangat membantu ibu dalam penghasilan susu ibu.


Saya kongsikan gambar yang sempat saya ambil bersama baby tersebut yang diberi nama Nuha Amani bt Mohd Fauzi Abdul Malek. Moga baby dan ibu tercinta sentiasa sihat bersama suplemen shaklee. Insya Allah...

Friday 25 October 2013

KENAPA PILIH SHAKLEE KOLAGEN POWDER?

Anda memang penggemar kolagen? Kenapa ye? Yelah, mesti ambil kolagen sebab nak cantikkan? sebab saya pun ambil kolagen..hehehe.. sebab saya memang mempunyai masalah kulit. Ok, jom tengok sape lagi yang perlukan kolagen, bukan kite je..jom tengok kita dari kategori yang mana...

SENARAI YANG MEMERLUKAN KOLAGEN

~umur akhir 20-an dan ke atas (saya diantara ni la..hehehe)
~kulit kaki ni bersisik-sisik (of coz saya ada)
~kalau tengok cermin, liang pori nampak dulu sebelum hidung (memang pun)
~kulit kusam je (kalo boleh, xnak keluar umah..malas je..)
~tona kulit tidak sekata (mesti ade yang xkena dengan kulit muka)


Jom tengok apa keistimewaan kolagen powder shaklee ni ye?


~sumber premium kolagen marin (bukan rerumpai ye)- ekstrak sisik ikan merah yang diketahui tinggal di laut jauh paling dalam, paling jauh dari pencemaran
~berat molekular paling rendah iaitu 1,000 dalton yang menyebabkan ia mudah dan pantas diserap ke dalam tubuh
~tampak lebih muda - bukan kulit sahaja pantas nampak perubahan, rambut + kuku juga, serta menghilangkan parut
~rasa lebih muda - kolagen sama penting untuk tulang, seperti kalsium, kekalkan otot mata supaya anjal dan otak sentiasa sihat
~shaklee difference dengan 7 ramuan istimewa

Nak cuba? mesti cuba untuk mengalami sendiri kelainannya dari kolagen biasa...

UNIKNYA RAMUAN KOLAGEN POWDER SHAKLEE

SISIK IKAN MERAH

Sisik Ikan Merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

EKSTRAK BIJI CAMELLIA JAPONICA


Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

EKSTRAK PFAFFIA


Pfaffia juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila dugabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

ELASTIN KOLAGEN IKAN


Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

VITAMIN C DAN VITAMIN B


Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

EKSTRAK KEKERANG

Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

LACTOBACILLUS ACIDOPHILUS


Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat dan mampu meningkatkan penyerapan kolagen




SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Perbezaan Shaklee

Shaklee collagen powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari Sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton)amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.


Manfaat Utama

*NAMPAK LEBIH MUDA

~ membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
~ kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
~ melembapkan kulit dan elastisiti akan bertambah baik
~ mengurangkan parut dan penyembuhan luka dengan cepat
~ membantu menghilangkan tanda penuaan

*RASA LEBIH MUDA

~ amat penting untuk tulang, membekalkan kalsium
~ menguatkan tulang dan mengurangkan kerapuhan
~ membantu mengurangkan kesakitan dan geseran sendi-sendi
~ baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal
~ memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan disokong oleh kolagen
~ menetapkan minda berkeadaan baik walaupun semakin menua

Sunday 13 October 2013

JOM KENALI APAKAH VITA-LEA IRON FORMULA SHAKLEE

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun  dulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disrankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi-spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre For Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


APAKAH MANFAAT UTAMA VITA-LEA SHAKLEE??

  • Penambahan Tenaga Segera > pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi > kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif > penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma > sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh > menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi organ > melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

FAKTA NUTRISI DI DALAM VITA-LEA



  • Vita A : Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem imun dan rambut yang sihat
  • Vita D : Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
  • Vita E : Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
  • Vita C : Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, percepat penyembuhan luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
  • Asid Folik : Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
  • Vita B1 : Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster
  • Vita B2 : Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan
  • Vita B3 : Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
  • Vita B6 : Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
  • Vita B12 : Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun
  • Biotin : Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
  • Vita B5 : Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, mempercepat penyembuhan luka
  • Kalsium : Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/penyakit tulang lembut
  • Fosforus : Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis, aneroksia
  • Iodin : Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
  • Zat Besi : Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut) membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
  • Magnesium : Kesihatan tulang gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman
  • Copper : Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan
  • Zink : Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda

Friday 11 October 2013

BESTNYE KOLAGEN POWDER SHAKLEE!!!

Apa itu Kolagen ?



Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN

  • menghasilkan asid amino  penting seperti : Lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin : memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin  : menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin  : memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik



KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


TANDA TANDA PENUAAN

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya meleBmbapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

Jom kita amalkan kolagen shaklee..bukan sahaja untuk cantik semata..tetapi juga untuk kesihatan dalaman..mengelakkan raut wajah dan badan kita nampak tua sebelum usia...
Untuk tahu dengan lebih lanjut lagi, jangan malu2 untuk call@sms kb ok..whatsapp pun boleh...<3

PROMOSI KOLAGEN POWDER OKTOBER!!!!

WOW!!!! Setiap bulan pasti ada promosi produk Shaklee. Bulan ini adalah merupakan promosi Kolagen Powder. Senyum lebar lah kepada wanita2 diluar sana yang sememangnya pengguna tegar kolagen powder ye..sebab kolagen powder Shaklee adalah merupakan diantara kolagen yang paling laris dan terbaik!!!

Jom kita tengok kriteria-kriteria yang diperlukan dan apa kelebihan promosi ni????

  • Dengan pembelian 1 kotak kolagen powder shaklee : anda akan menikmati penghantaran PERCUMA + harga yang sangat istimewa, jauh lebih murah dari harga retail RM298!!
  • Dengan pembelian 3 kotak kolagen powder shaklee :  keahlian PERCUMA + penghantaran PERCUMA + CASH REBATE pada bulan depan!!!
  • Dengan pembelian 6 kotak kolagen powder shaklee : keahlian PERCUMA + penghantaran PERCUMA + 1 kotak kolagen powder PERCUMA + CASH REBATE pada bulan depan + 1 botol CoqHealth PERCUMA sempena perlaksanaan sistem Shaklee online.
WOW!!! banyaknye dapat PERCUMA!!!! Jadi, apa tunggu lagi..Grab it now and place your order a.s.a.p. Jangan lepaskan peluang!!! promosi hanya bulan Oktober sahaja!!!




Wednesday 9 October 2013

ELAK GEMUK DAN PENYAKIT..

KAWAL PENGAMBILAN LEMAK TEPU

Pasti ramai yang beranggapan bahawa punca kegemukan adalah disebabkan lemak-lemak yang berkumpul di dalam badan. Justeru, ia perlu disingkirkan bagi mengelakkan masalah tersebut dari berterusan.

Usah keliru kerana bukan semua lemak mendatangkan kesan yang negatif. Sebenarnya, tubuh masih memerlukan lemak untuk pemanasan serta proses-proses lain. Tambahan pula otak dan beberapa organ didalamnya memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik.



Apa yang membahayakan ialah pengumpulan lemak tepu yang berpunca dari lemak-lemak daging, mentega, susu, keju dan lain-lain lagi. Tidak dinafikan, terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi lemak tepu masih boleh dimakan. Bagaimanapun jika pengambilannya perlu diawasi terlalu banyak dikhuatiri bukan sahaja boleh menyebabkan kegemukan tetapi juga meningkatkan kadar kolesterol sekaligus menyebabkan masalah saluran darah tersumbat, angin ahmar dan serangan jantung. Oleh itu sebaiknya kawal pengambilan lemak tepu ini.

ELAK MAKAN DAGING MERAH



Daging merah masih boleh dimakan tetapi elakkan bahagian tulang rusuk. Ini kerana lemak tepu di kawasan tersebut amatlah tinggi. Sebaiknya cuba gantikan pengambilan daging merah dengan ayam tanpa lemak. Walaupun masih boleh dimakan, tetapi ayam juga mempunyai kawasan yang berlemak seperti dibahagian paha dan kepak berbanding daging putih yang terletak dibahagian dada ayam.

GUNAKAN MINYAK ZAITUN


Perhatikan kembali jenis minyak masak yang anda gunakan tatkala menyediakan sajian buat keluarga. Berkemungkinan besar kandungan tahap kolesterolnya tinggi. Jadi, cuba gantikan minyak tersebut dengan minyak zaitun. Kajian menunjukkan, minyak zaitun mengandungi lemak tidak tepu (polyunsaturated dan monounsaturated) yang secara tidak langsung membantu menurunkan kadar kolesterol sekaligus menggantikan lemak tidak tepu dalam masakan anda. Meskipun harganya sedikit mahal tetapi berbaloilah untuk penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.


KIRA JUMLAH PENGAMBILAN KALORI



Cubalah menjadi individu yang lebih rajin dengan membuat sedikit pengiraan berkenaan pemakanan anda sehari-hari. Lagipun, ia cukup penting bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa berada diparas yang memuaskan. Bagi pengamal 2000 kalori diet setiap hari, kaum wanita tidak dibenarkan mengambil lebih dari 18 gram lemak tepu sementara lelaki pula 20 gram. Sebagai permulaan, anda digalakkan mengambil separuh sahaja dada ayam yang telah diasingkan kulitnya kerana ia menyumbang dua gram lemak tepu ke dalam tubuh.

BAHAYA MAKANAN SEJUK BEKU


Rata-rata suri rumahtangga serta wanita-wanita berkerjaya gemar menjadikan makanan sejuk beku sebagai sajian untuk keluarga. Di samping mudah untuk disediakan, ia juga menjimatkan masa dan tenaga. Kenyataan di atas memanglah benar tetapi jangan mudah terpedaya dengan 'kelebihannya'. Ini kerana, kebanyakan makanan sejuk beku mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi seterusnya menjejaskan tahap kesihatan seseorang manusia.

DAGING PANGGANG BOLEH DIMAKAN


Pasti ramai individu di luar sana yang menggemari masakan berasaskan daging. Namun, hasrat tersebut terpaksa dimatikan segera lantaran kandungan lemak tepu yang tinggi. Menggoreng daging adalah satu amalan yang tidak baik kerana ia akan segera menyerap semua lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebagai alternatif, cuba panggang daging tersebut kerana lemak yang terkandung didalamnya akan terus mengalir keluar tanpa diserap kembali.







Friday 4 October 2013

KELEBIHAN ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)


Shaklee merupakan syarikat pertama yang menciptakan makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein (ESP) ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


 APAKAH MANFAAT UTAMA ESP?

  • Awet Muda :- Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk Hormon :- kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk Prostat :- Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit Remaja :- meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga :- membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki Pigmentasi :- membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • Membaiki Memori :- meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.

APAKAH KEPENTINGAN PROTIN?

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

APA ITU ASID AMINO?

Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):



  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah) 
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang) 
  • Liver (penyakit hati) 
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah) 
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah) 
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil) 
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus) 
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh) 
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar) 
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik) 
  • Irritability (Badan menggeletar) 
  • Fatigue (Letih lesu) 
  • Weakness (Lemah) 
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan) 
  • Prolonged period of time mental retardation (Terencat akal) 
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

SIAPA YANG MEMERLUKAN ESP?

  • Ibu menyusu
  • Ibu hamil
  • Lelaki/wanita yang ingin turunkan berat badan
  • Sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan berpanjangan
  • Mereka yang mengalami masalah kesuburan
  • Mereka yang ingin menghilangkan parut (parut jerawat mahupun parut2 di badan)
  • Mereka yang ingin menaikkan taraf kesihatan 
  • Mereka yang inginkan kulit cantik berseri serta halus mulus
  • Wanita yang inginkan payudara anjal 
  • Sesuai untuk kanak2 sehinggalah warga emas.

Jadi, anda adalah kategori yang mana?? anda memerlukan esp?? sudah cukup protin di dalam badan anda?? jom dapatkan esp dengan harga yang sangat menarik..pm saya segera..
kb 0172877675 @ whatsapp 0196865631

Wednesday 2 October 2013

SET KECANTIKAN BASIC SHAKLEE


Kulit kusam??jerawat??liang pori terbuka??kulit berminyak?? Semua masalah tu pernah saya alami dulu. Sekarang tidak lagi...Jom tengok panduan untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri  :-

> minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari

> lengkapkan diri dengan pengambilan vitamin yang memelihara kulit dan badan

> mengamalkan pengambilan vitamin C dengan bioflavonoids membantu menjadikan kulit lebih cerah dan menyekat pembentukan pigmen

> Vitamin E yang secukupnya akan membantu melewatkan penuaan, mengurangkan kedutan dan bintik penuaan

> Vitamin B Complex penting bagi menangani stress dan membantu menjadikan wajah berseri

> asid lemak omega 3 & 6 mengawal lembapan kulit

> asid amino L-Cystein, memberikan kulit yang sihat, muda dan anjal

> pengambilan zink yang cukup pula akan membaikpulih kulit dan sel-sel yang rosak

Bagaimana cara untuk mendapatkan set produk shaklee ni?? saya ada jawapannya...hanya sms ke no 0172877675

GASTRIK???

Saya pernah mengalami gastrik, saya percaya dan yakin bahawa ramai dikalangan kita diluar sana juga mengalami masalah yang sama seperti saya...jgn ambil ringan dengan masalah gastrik ini kerana jika tidak dicegah akan menjadi kanser...betul ke?? ok, jom kita tengok apa penyebab berlakunya gastrik dan tanda-tanda seseorang akan mengalami gastrik.


Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal ulcer) ataupun perut (dipanggil gastrik ulcer). Ulser ini selalunya bening (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini  boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).

Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit ini?  Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser. Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter Pylori (lebih biasa dikenali sebagai H.pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.

Antara faktor- faktor yang mempengaruhi penyakit ini adalah :-

> pengambilan ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dan sebagainya. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-infammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.

> orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi) atau sebab-sebab lain.

> penyakit tertentu seperti Crohn's Disease dan Zollinger-Ellison Syndrome.

> hal-hal yang berkaitan dengan reflux, kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bila masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, Pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku.

> orang yang berdarah jenis A

> pengambilan kefein dan alkohol berlebihan

> perokok

> pemakanan yang tidak tersusun/terurus

> stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.

TANDA-TANDA :-
pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda seperti :-

> sakit perut dan rasa tidak hadam makanan. Sakit perut selalunya dirasai dibahagian atas perut.

> rasa pening kepala

> mengalami angin. Terasa sakit dibahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap

> muntah-muntah

> badan rasa lemah lesu

> berat badan menurun

> najis menjadi hitam atau gelap ( kerana ia sebati dengan darah).

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH ANDA LAKUKAN :-

> makan yang kerap

> rehat yang lebih

> jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser

> pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brokoli harus ditambah.nSulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut

KEPUTIHAN BAHAYAKAN WANITA HAMIL

Wanita sering merungut apabila berhadapan dengan masalah keputihan terutamanya di kalangan mereka yang hamil. Perubahan hormon yang berlaku mengakibatkan peningkatan pengeluaran cecair di vagina serta penurunan pH. Ketidakseimbangan hormon adalah punca terjadinya simptom keputihan. Bagi ibi-ibu mengandung, ia adalah situasi yang normal apabila cecair yang keluar jernih dan berwarna sedikit kekuningan serta likat, menyerupai lendir yang keluar tanpa bau atau kegatalan.

Bagaimanapun, sekiranya lendir tersebut mengeluarkan bau, gatal serta perit sewaktu membuang air kecil ditambah dengan warna yang bertukar sedikit kehijauan atau bercampur dengan darah, maka ia adalah penyakit sekali gus memudaratkan kesihatan si ibu dan janin. Pemeriksaan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Keputihan juga banyak dikaitkan dengan pengambilan makanan yang salah. Sesetengahnya mengatakan timun dan nenas adalah penyebab utama masalah ini dari terus berlaku. Hakikatnya, ia bukan seperti yang disangka. Tiada makanan tertentu yang boleh dijadikan punca kerana nenas diketahui kaya dengan vitamin C. Begitu juga dengan penggunaan pembersih vagina wanita yang dipercayai boleh mengelakkan masalah keputihan.

Sebenarnya, ia bukanlah penyelesaian malah mencetus gangguan terhadao bakteria normal yang wujud di dalam vagina. Meskipun bernama bakteria, namun ia masih diperlukan untuk menyeimbangkan pH vagina agar tiada kuman bahaya membiak di kawasan berkenaan sekali gus melepaskan diri ibu hamil dari keputihan

Penyakit ini perlu dirawat dan tidak wajar dipandang sebelah mata sahaja. Jika tiada perhatian yang khusus, maka kesihatan ibu dan janin pasti terjejas. Berikut adalah beberapa jenis masalah yang me
mbahayakan wanita hamil sekiranya mengalami keputihan yang tidak normal :-

CHLAMYDIA
Bayi boleh dilahirkan lebih awal dari jangkaan tarikh sebenar apabila masalah keputihannya dibawa oleh Chlamydia lantaran selaput ketuban yang pecah. Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan keguguran malah lebih teruk lagi kehilangan nyawa ibu dan janin sekiranya tidak ditangani dalam kadar yang segera.

KUMAN HERPES SIMPLEKS
Bayi berisiko terkena penyakit radang otak (ensefalitis) apabila kuman Herpes Simpleks bercampur dengan keputihan. Jadi, periksalah kesihatan anda di peringkat awal agar penyakit berbahaya seperti ini dapat dielakkan.

CANDIDA ALBICAN
Kulat Candida yang menjangkiti cairan keputihan meningkatkan risiko terjadinya masalah epilepsi kepada bayi.

KUMAN HPV
Bayi boleh terganggu saluran pernafasan dan pencernaannya, malah lebih teruk lagi hilang nyawa apabila kuman HPV menjangkiti cairan keputihan ibunya.

NEISSEREA GONORRHOEA
Bayi berkemungkinan mengalami masalah buta apabila keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoea menjangkitinya. Disebabkan itu, para ibu hamil harus lebih berhati-hati dan peka terhadap perubahan yang berlaku ke atas diri mereka. Risiko bahaya boleh dikurangkan sekiranya langkah pencegahan dan pemeriksaan telah dilakukan dari awal.

LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH KEPUTIHAN :-
1. Elakkan menggunakan sabun wangi untuk mencuci vagina kerana ia boleh mengakibatkan alahan. Begitu juga dengan 'pantyliner' biasa yang dihasilkan dari kertas guna semula dengan bauan bunga-bunga segar.  Cara yang paling mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan air suam yang bersih sahaja. Cukup dengan itu kerana vagina anda lebih terpelihara kebersihan dan kesihatannya.

2. Setiap kali membuang air kecil atau besar, pastikan vagina sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Dalam masa yang sama, gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kapas dan jangan sekali-kali memakainya jika ia lembap.

3. Jauhi tabiat menyembur air terus ke dalam vagina sewaktu mandi atau membuang air kecil. Perbuatan seperti hanya mengganggu keseimbangan flora bakteria di dalam vagina sekali gus mengakibatkan jangkitan.

4. Usah sekali-kali manabur bedak keatas seluar dalam yang ingin digunakan semata-mata beranggapan ia mampu mengharumkan vagina. Debu-debu yang menyelinap masuk ke dalam kemaluan hanya akan merosakkan sistem peranakan anda.

5. Amalkan diet dari sumber bakteria baik seperti yogurt, susu kultur, sayuran hijau, serta bendi. Paling tidak, satu minggu sekali yang mana tujuannya adalah untuk menguatkan daya tahan badan.

6. Adalah digalakkan pengambilan multivatamin bagi anda yang hamil untuk kebersihan dan kesihatan dalaman juga secara tidak langsung untuk kesihatan dan perkembangan bayi yang sihat

DAPATKAN SEGERA SET KEHAMILAN SHAKLEE DEMI KESIHATAN ANDA DAN JUGA KANDUNGAN ANDA DENGAN HARGA YANG ISTIMEWA!!!

*PM KB 0172877675 UNTUK DAPATKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE

TIADA LAGI PARUT! KULIT JADI SIHAT & CANTIK

Menyentuh tentang kecantikan, perkara yang paling mustahak dan paling diberi keutamaan ialah kulit yang cantik. Begitu juga dengan masalah parut akibat kemalangan ataupun mungkin juga bekas-bekas jerawat, tentu sekali membuatkan anda pening kepala memikirkannya. Kebanyakan kesan parut ini jugalah, ia menjadi perhatian orang lain dan boleh memalukan sehingga menjejaskan kualiti hidup seseorang.

APAKAH PARUT??
Parut wujud setelah berlaku kecederaan pada dermis kulit dan merangsang proses fibrosis dan menjadikan ia parut. Parut adalah sebahagian daripada proses penyembuhan luka dan ia terbentuk akibat penghasilan kolagen yang tidak seimbang di sekitar bahagian luka. Parut melalui pelbagai perubahan di sepanjang proses pematangan, namun ia adalah kekal secara semulajadi.

JENIS-JENIS PARUT

    • Keloid : Tisu parut keras, menonjol dan tidak teratur pada kulit yang sering kali membesar dari segi saiznya, melangkaui sempadan kecederaan asal. Ia sering kali terbentuk apabila kecederaan penyembuhan atau insisi pembedahan adalah tegang. Lama-kelamaan, ia boleh menjejaskan pergerakan seseorang.
    • Kontraktur : Jika kulit anda terbakar, anda mungkin akan mempunyai parut jenis ini yang menyebabkan kulit menegang dan menjejaskan keupayaan untuk bergerak. Parut kontraktur juga akan masuk jauh ke dalam dan memberikan kesan terhadap otot-otot serita saraf.
    • Parut hipertrofik : Parut merah dan mengelembung yang lebih kurang sama seperti keloid tetapi tidak melepasi sempadan kawasan yang tercedera.
    • Parut Atrofik : Ia terbentuk di lubang kulit dan akan menutup luka yang tertekan pada kulit. Parut ini sering dikaitkan dengan masalah jerawat dan boleh berlaku di mana-mana bahagian badan.
BAGAIMANA SET KECANTIKAN SHAKLEE BOLEH MENGHILANGKAN PARUT?? JOM KITA TENGOK
1. ENERGIZING SOY PROTEIN
  • Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Kulit remaja - Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
2. VITA E COMPLEX
  • Anti penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Memperbaiki parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakanterus pada luka untuk mengurangkan kesan parut (mcm saya buat masker...hehhe).
3. VITA C
  • Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Mencantikkan kulit - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat..

TIADA HAID GANGGU OVULASIMU

Haid merupakan simbol kewanitaan. Biasanya wanita akan mengalami haid setiap bulan. Ia membuktikan bahawa sistem peranakannya dalam keadaan baik dan seseorang wanita itu sihat. Walaubagaimanapun, ada wanita yang tidak pernah mengalami haid sepanjang hidupnya.

Haid adalah satu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur yanh dialami oleh setiap wanita. Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang dari ovari. Ia juga menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati apabila tidak berlakunya persenyawaan.

Purata umur awal haid adalah 12 hingga 13 tahun namun ia boleh berlaku antara 8 hingga 16 tahun. Pelbagai faktor mempengaruhi kehadiran dan kitaran haid, contohnya keturunan, pemakanan dan kesihatan secara keseluruhan. Kitaran haid juga berbeza bagi setiap individu dengan beberapa kitaran pendek dan sesetengan kitaran lebih panjang.

PERSOALAN BIASA TENTANG HAID
Gejala di atas disebut sebagai amenorrhoea atau ketiadaan haid. Ia adalah hak yang biasa atau normal sekiranya gadis yang masih di peringkat pra pubertal, hamil atau putus haid disebabkan sudah mencapai peringkat menopaus. Terdapat dua keadaan amenorrhoea iaitu primary amenorrhoea dan secondary amenorrhoea.

1. PRIMARY AMENORRHOEA

  • Ia diambil kira di kalangan anak-anak gadis yang berumur 14 tahun jika tiada ciri-ciri seksual sekunder. Namun ia boleh ditangguhkan sehingga usia 16 tahun jika ciri-ciri lain berkembang secara normal. Di antara ciri-ciri seksual sekunder ialah bentuk tubuh dan pembesaran payu dara, tumbuhnya rambut pada kemaluan dan bulu di bahagian ketiak.
  • Bagi anak-anak gadis yang tergolong dalam kumpulan ini, hormon yang ada dalam tubuhnya tidak cukup untuk memulakan haid. Adalah dicadangkan agar gadis tersebut mendapatkan nasihat pakar apabila tidak mengalami haid selepas usia 16 tahun. Primary amenorrhoea adalah sangat jarang berlaku berbanding Secondary amenorrhoea. Di Amerika Syarikat sendiri puratanya adalah 0.3% dan 4% sahaja.
2. SECONDARY AMENORRHOEA
  • Secondary amenorrhoea ialah situasi ketiadaan haid di kalangan wanita yang tidak hamil. Sebelum ini mereka mempunyai haid yang normal. Namun seseorang wanita itu dikategorikan mengalami secondary amenorrhoea apabila tidak didatangi haid untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga kitaran haid. Wanita yang kekurangan haid selama enam bulan juga tergolong dalam kategori ini.
BAGAIMANA DAN MENGAPA PRIMARY AMENORRHOEA BERLAKU??
Untuk memudahkan pemahaman dan tujuan penyiasatan, ia boleh dikategorikan mengikut hadir atau tidak perkembangan normal ciri-ciri seksual sekunder.
KEHADIRAN CIRI-CIRI SEKSUAL SEKUNDER
  • KELEWATAN BIASA
Doktor akan bertanyakan tentang umur haid gadis tersebut. Pembesaran buah dada, pertumbuhan rambut dibahagian kemaluan dan ketiak adalah tururtan ciri-cirir seksual sekunder. Dalam tempoh ini, pesakit dinasihatkan bersabar menunggu kehadiran haid yang merupakan tahap terakhir akil baligh.
  • KERENCATAN PERKEMBANGAN ORGAN KELAMIN
Antara contohnya ialah selaput dara yang gagal berkembang (imperforate hymen) atau ketiadaan faraj adalah antara punca masalah ini berlaku. Gadis-gadis ini akan merasai kesakitan dan ada juga yang perutnya mengembang disebabkan tiada laluan darah haid yang terbentuk dari rahim. Dengan kata lain, aliran arah yang tersumbat.


  • KECACATAN GENETIK (TESTIKULAR FEMINASATION)
Ia adalah individu yang luarannya seperti gadis remaja biasa namun mereka tiada organ dalaman wanita. Ini disebabkan oleh kecacatan genetik pada kromosom X yang menyebabkan tubuh tidak dapat bertindak balas terhadap hormon yang menghasilkan penampilan lelaki. Akibatnya fizikal luarannya membentuk ciri-cirir kewanitaan.
KETIADAAN CIRI-CIRI SEKSUAL SEKUNDER
Keadaan ini pula disebabkan oleh kerencatan atau kegagalan fungsi paksi otak. (hypothalamic failure atau hypothalamic-pituitary axis). Sebagai contoh, tekanan yang sangat teruk, penyakit kronik dan berat badan yang sangat rendah seperti yang dihidapi oleh pesakit anorexia nervosa.

Faktor lain ialah seperti kegagalan rembesan hormon-hormon tertentu yang menyebabkan penyakit seperti Kallman's syndrome, premature ovarian failure, 5-alpha reductase deficiency dan lain-lain.
FAKTOR PENYEBAB SECONDARY AMENORRHOEA
1. TIADA TANDA-TANDA ANDROGEN  BERLEBIHAN
  • Faktor fisiologi seperti kehamilan, menyusu dan menopaus
  • Kegagalan fungsi ovari, mungkin disebabkan kesan radioterapi atau kemoterapi
  • Mengambil kaedah perancang seperti implant atau suntikan Depot
  • Jisim badan sama ada terlalu rendah atau tinggi
  • Penyakit pituitari dan hyperprolactinaemia (disebabkan oleh kehadiran tumor atau dadah yang tertentu)
2. ADA TANDA-TANDA ANDROGEN BERLEBIHAN
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Sindrom Cushing
  • Barah kelenjar adrenal atau ovari
ADAKAH GEJALA INI BERKAITAN DENGAN TAHAP KESUBURAN SESEORANG WANITA??
Amenorrhoea boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan seseorang wanita. Ramai wanita yang mengalami Amenorrhoea turut mempunyai masalah ovulasi.

URUTAN AWAL KEHAMILAN UNDANG RISIKO KEGUGURAN



Berurut sewaktu hamil boleh membantu melegakan sakit belakang, sengal-sengal bahu dan lenguh paha. Ia juga boleh memperbaiki mood dan membuatkan bakal ibu rasa bertenaga, segar dan relaks. Namun begitu, ramai doktor keberatan memberi saranan untuk berurut pada wanita hamil ekoran boleh membahayakan ibu dan janin dalam kandungan.

Bagi yang sudah terbiasa berurut, mungkin sukar meninggalkan rutin ini. Akan tetapi jika mahu meneruskannya ibu hamil perlu mengetahui bila usia kehamilan yang selamat untuk berurut dan bahagian tubuh yang tidak boleh diurut. Masa terbaik untuk pergi berurut atau ke spa ialah dalam trimester kedua. Pada masa ini alahan hamil telah pun berlalu dan bakal ibu sangat bertenaga. Ketika ini risiko keguguran atau kelahiran pramatang sangat jarang. Urutan tidak digalakkan pada awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran.

Sesetengah spa juga menyarankan supaya wanita hamil tidak mendapatkan rawatan atau mengikuti kelas senaman sehingga usia kandungan mencecah sekurang-kurangnya 12 minggu kehamilan. Ada juga spa yang tidak menerima wanita yang hamil lebih daripada 32 minggu.

TIP KESELAMATAN KETIKA BERURUT
1. Maklumkan kepada tukang urut atau kakitangan spa mengenai usia kehamilan apabila menempah rawatan.
2. Untuk mendapat urutan yang terbaik, periksa dahulu sama ada tukang urut mempunyai pengalaman dan menyediakan perkhidmatan mengurut wanita hamil. Mereka juga dapat mengesyorkan kaedah urutan yang boleh dilakukan ketika sakit bersalin.
3. Ketika berurut maklumkan tukang urut sekiranya terdapat bahagian-bahagian badan yang terlalu sensitif dan tidak selesa ketika diurut.
4. Jika ke spa, elakkan rawatan p anas seperti sauna, bilik wap, memerangkap kulit, kolam air panas, tab panas dan jakuzi. Ini kerana peningkatan suhu badan boleh menjejaskan peredaran darah dan nutrien kepada janin dan menyebabkan masalah.
5. Minta losyen tanpa aroma jika anda sensitif semenjak hamil dengan bau tersebut. Juga perlu berhati-hati sekiranya anda merancang untuk diurut menggunakan minyak pati. Sesetengah minyak boleh membahayakan kandungan.

URUTAN TERBAIK BUAT IBU HAMIL

  • Urutan yangbbaik dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik. Jika otot dan darah tidak berjalan lancar ia boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada otot paha dan betis.
  • Minta tidak diurut terlalu kuat di bahagian otot paha dan betis, bimbang darah beku terbentuk tertanggal dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus yang boleh menyebabkan strok.
  • Urutan dibenarkan di bahagian tubuh yang lain kecuali bahagian perut. Ia boleh merangsang rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.
  • Urutan boleh menggunakan pelbagai teknik dan harus bersifat ringan walaupun menekan ke dalam otot menggunakan teknik 'urutan ke dalam tisu kulit'.
  • Kesalahan yang dilakukan oleh tukang urut yang tidak bertauliah ialah mereka menggunakan hujung kuku untuk menekan kedalam otot menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan kesan pada badan. Cara ini tidak memberikan manfaat malah mendatangkan kemudaratan.
  • Bahagian sensitif yang perlu diurut secara berhati-hati adalah seperti pergelangan kaki dan pergelangan tangan. Urutan di bahagian ini akan merangsang otot-otot pada bahagian abdomen dan peivik terutama otot rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.
  • Jika anda mengalami sakit dibahagian abdomen ketika sedang mengurut seolah-olah mahu melahirkan, segera beritahu pengurut agar berhenti segera dan dapatkan rawatan doktor.