Para wanita tolong lah amek tahu ni..
Kanser Endometrium(Rahim)- Ini adalah rahim wanita yang telah dibelah oleh doktor, Ianya sangat busuk mungkin disebabkan oleh bahagian yang berwarna kuning itu.
Mengikut teori saintifik, tisu endometrium yang mengalir ke dalam abdomen bersama darah haid akan melekat di organ keliling rahim dan tumbuh di situ. Seterusnya, setiap kali pendarahan haid berlaku, tisu ini akan tumbuh dan berdarah. Tisu ini selalunya terdapat di
1.Ovari
2.Belakang rahim
3.Dinding rahim atau otot rahim
4.Saluran fallopian
5.Parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak
6.Parut bekas pembedahan laparoscopy atau laparotomy
7.Pundi kencing
Tanda-tanda endometriosis:
- Senggugut atau sakit pada bawah perut dan pinggang.
-Berlaku sebelum datang haid dan berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian pelvic dan juga ke bahagian pinggang
-Ketidaksuburan dan kemandulan
-Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
-Ketumbuhan
Diagnosa endometriosis. Endometriosis hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan:
• V.E ( vagina examinatination ). Pemeriksaan vagina di lakukan di mana perasaan sakit timbul apabila disentuh
• T.V.S ( vaginal ultrasound scan). Ultrasound yang dilakukan melalui faraj boleh mengesan cyst pada ovari
• Laparoskopi Hanya pemeriksaan ini yang dilakukan melalui pembedahan kecil di abdomen yang dapat memastikan diagnosa endometriosis
KAITAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS DENGAN KANSER:
Wanita yang mengidapi penyakit endometriosis lebih cenderung mengalami beberapa jenis kanser. Satu kajian terkini yang dijalankan di Sweden sejak 20 tahun kebelakangan ini, dan melibatkan seramai 20000 orang wanita pesakit endometriosis, mendapati peningkatan beberapa jenis kanser di kalangan wanita tersebut
1. Kajian ini yang dilaksanakan selama 11 tahun menjumpai peningkatan risiko kanser-kanser saperti kanser ovari (90%), kanser darah (40%) dan kanser payudara (30%), pada wanita yang mengalami penyakit endometriosis berbanding dengan mereka yang tidak. Selain dari itu, satu penemuan penting ialah wanita yang mengalami penyakit endometriosis khususnya di ovari mempunyai risiko tinggi mengalami kanser ovari. Jenis kanser ovari yang paling biasa ialah kanser endometrioid dan kanser clear cell carcinoma
2.Penemuan-penemuan ini susah dipertikai kerana faktor-faktor lain (confounding factors) diambilkira sebelum keputusan dibuat, dan jumlah pesakit yang dikaji yang besar. Malahan, satu lagi kajian yang lebih besar di Sweden mendapat keputusan yang sama dengan kajian ini
3. Kajian spesimen lepas bedah kanser ovari juga mendapati kebanyakan kes mempunyai endometriosis atau sista endometriosis
4.Penyakit endometriosis melibatkan antara 7% hingga 15% wanita dalam golongan subur.Wanita yang mengalami perasaan sakit senggugut, pendarahan haid tidak teratur dan ketumbuhan di pelvis mungkin mengidapi penyakit endometriosis. Mengikut Persatuan Kanser Amerika, risiko seseorang wanita mengidapi penyakit kanser ovari ialah 1.4% sepanjang hayatnya
5. Oleh itu, para pesakit dan doktor perlu peka terhadap kemungkinan berlakunya penyakit kanser dikalangan wanita saperti ini. Pemeriksaan ultrasound dan pengeluaran sista adalah tindakan-tindakan penting yang disyorkan...
Kredit to: Hidup tanpa kanser
Ada pesakit yang survive dari kanser setelah mengamalkan antioksidan yang tinggi. Vita ACE iaitu Vitamin A ( Carotomax, Vitamin C dan Vitamin E) membantu dalam mencegah kanser dari berulang.
Bagi kesihatan rahim dicadangkan GLA Complex...kenapa? Gla Complex mengawal keseimbangan hormon, melancarkan haid dan merawat senggugut. ada banyak testimoni pengguna cyst tak jadi bedah dengan GLA Complex.
Berusahalah untuk sihat, bersangka baiklah pada Sang Pencipta. Tiada sakit yang DIA turunkan kecuali ada penawarnya. Kuatkan semangat dan jangan sesekali berputus asa.
Ada juga wanita yang perutnya kembali kempis setelah amalkan GLA COMPLEx kerana ia merawat cyst yang tumbuh merata di dalam perut hingga kelihatan seperti mengandung!
Bagi kes2 seperti kanser dan rawatan selepas kanser macam saya cakap tadi ialah antioksidan Vita ACE.
Saya akan kongsi lagi secara lebih terperinci apa itu vita ACE dan fungsinya.
Saya berminat dan sangat teruja membantu orang lain supaya lebih sihat dan mendapat kehidupan yang lebih baik dengan izin Allah.
Showing posts with label Set kesuburan/remaja. Show all posts
Showing posts with label Set kesuburan/remaja. Show all posts
Monday, 10 February 2014
Wednesday, 2 October 2013
TIADA HAID GANGGU OVULASIMU
Haid merupakan simbol kewanitaan. Biasanya wanita akan mengalami haid setiap bulan. Ia membuktikan bahawa sistem peranakannya dalam keadaan baik dan seseorang wanita itu sihat. Walaubagaimanapun, ada wanita yang tidak pernah mengalami haid sepanjang hidupnya.
Haid adalah satu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur yanh dialami oleh setiap wanita. Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang dari ovari. Ia juga menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati apabila tidak berlakunya persenyawaan.
Purata umur awal haid adalah 12 hingga 13 tahun namun ia boleh berlaku antara 8 hingga 16 tahun. Pelbagai faktor mempengaruhi kehadiran dan kitaran haid, contohnya keturunan, pemakanan dan kesihatan secara keseluruhan. Kitaran haid juga berbeza bagi setiap individu dengan beberapa kitaran pendek dan sesetengan kitaran lebih panjang.
PERSOALAN BIASA TENTANG HAID
Gejala di atas disebut sebagai amenorrhoea atau ketiadaan haid. Ia adalah hak yang biasa atau normal sekiranya gadis yang masih di peringkat pra pubertal, hamil atau putus haid disebabkan sudah mencapai peringkat menopaus. Terdapat dua keadaan amenorrhoea iaitu primary amenorrhoea dan secondary amenorrhoea.
1. PRIMARY AMENORRHOEA
Haid adalah satu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur yanh dialami oleh setiap wanita. Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang dari ovari. Ia juga menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati apabila tidak berlakunya persenyawaan.
Purata umur awal haid adalah 12 hingga 13 tahun namun ia boleh berlaku antara 8 hingga 16 tahun. Pelbagai faktor mempengaruhi kehadiran dan kitaran haid, contohnya keturunan, pemakanan dan kesihatan secara keseluruhan. Kitaran haid juga berbeza bagi setiap individu dengan beberapa kitaran pendek dan sesetengan kitaran lebih panjang.
PERSOALAN BIASA TENTANG HAID
Gejala di atas disebut sebagai amenorrhoea atau ketiadaan haid. Ia adalah hak yang biasa atau normal sekiranya gadis yang masih di peringkat pra pubertal, hamil atau putus haid disebabkan sudah mencapai peringkat menopaus. Terdapat dua keadaan amenorrhoea iaitu primary amenorrhoea dan secondary amenorrhoea.
1. PRIMARY AMENORRHOEA
- Ia diambil kira di kalangan anak-anak gadis yang berumur 14 tahun jika tiada ciri-ciri seksual sekunder. Namun ia boleh ditangguhkan sehingga usia 16 tahun jika ciri-ciri lain berkembang secara normal. Di antara ciri-ciri seksual sekunder ialah bentuk tubuh dan pembesaran payu dara, tumbuhnya rambut pada kemaluan dan bulu di bahagian ketiak.
- Bagi anak-anak gadis yang tergolong dalam kumpulan ini, hormon yang ada dalam tubuhnya tidak cukup untuk memulakan haid. Adalah dicadangkan agar gadis tersebut mendapatkan nasihat pakar apabila tidak mengalami haid selepas usia 16 tahun. Primary amenorrhoea adalah sangat jarang berlaku berbanding Secondary amenorrhoea. Di Amerika Syarikat sendiri puratanya adalah 0.3% dan 4% sahaja.
2. SECONDARY AMENORRHOEA
- Secondary amenorrhoea ialah situasi ketiadaan haid di kalangan wanita yang tidak hamil. Sebelum ini mereka mempunyai haid yang normal. Namun seseorang wanita itu dikategorikan mengalami secondary amenorrhoea apabila tidak didatangi haid untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga kitaran haid. Wanita yang kekurangan haid selama enam bulan juga tergolong dalam kategori ini.
BAGAIMANA DAN MENGAPA PRIMARY AMENORRHOEA BERLAKU??
Untuk memudahkan pemahaman dan tujuan penyiasatan, ia boleh dikategorikan mengikut hadir atau tidak perkembangan normal ciri-ciri seksual sekunder.
KEHADIRAN CIRI-CIRI SEKSUAL SEKUNDER
- KELEWATAN BIASA
Doktor akan bertanyakan tentang umur haid gadis tersebut. Pembesaran buah dada, pertumbuhan rambut dibahagian kemaluan dan ketiak adalah tururtan ciri-cirir seksual sekunder. Dalam tempoh ini, pesakit dinasihatkan bersabar menunggu kehadiran haid yang merupakan tahap terakhir akil baligh.
- KERENCATAN PERKEMBANGAN ORGAN KELAMIN
Antara contohnya ialah selaput dara yang gagal berkembang (imperforate hymen) atau ketiadaan faraj adalah antara punca masalah ini berlaku. Gadis-gadis ini akan merasai kesakitan dan ada juga yang perutnya mengembang disebabkan tiada laluan darah haid yang terbentuk dari rahim. Dengan kata lain, aliran arah yang tersumbat.
- KECACATAN GENETIK (TESTIKULAR FEMINASATION)
Ia adalah individu yang luarannya seperti gadis remaja biasa namun mereka tiada organ dalaman wanita. Ini disebabkan oleh kecacatan genetik pada kromosom X yang menyebabkan tubuh tidak dapat bertindak balas terhadap hormon yang menghasilkan penampilan lelaki. Akibatnya fizikal luarannya membentuk ciri-cirir kewanitaan.
KETIADAAN CIRI-CIRI SEKSUAL SEKUNDER
Keadaan ini pula disebabkan oleh kerencatan atau kegagalan fungsi paksi otak. (hypothalamic failure atau hypothalamic-pituitary axis). Sebagai contoh, tekanan yang sangat teruk, penyakit kronik dan berat badan yang sangat rendah seperti yang dihidapi oleh pesakit anorexia nervosa.
Faktor lain ialah seperti kegagalan rembesan hormon-hormon tertentu yang menyebabkan penyakit seperti Kallman's syndrome, premature ovarian failure, 5-alpha reductase deficiency dan lain-lain.
FAKTOR PENYEBAB SECONDARY AMENORRHOEA
1. TIADA TANDA-TANDA ANDROGEN BERLEBIHAN
- Faktor fisiologi seperti kehamilan, menyusu dan menopaus
- Kegagalan fungsi ovari, mungkin disebabkan kesan radioterapi atau kemoterapi
- Mengambil kaedah perancang seperti implant atau suntikan Depot
- Jisim badan sama ada terlalu rendah atau tinggi
- Penyakit pituitari dan hyperprolactinaemia (disebabkan oleh kehadiran tumor atau dadah yang tertentu)
2. ADA TANDA-TANDA ANDROGEN BERLEBIHAN
- Sindrom ovari polisistik (PCOS)
- Sindrom Cushing
- Barah kelenjar adrenal atau ovari
ADAKAH GEJALA INI BERKAITAN DENGAN TAHAP KESUBURAN SESEORANG WANITA??
Amenorrhoea boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan seseorang wanita. Ramai wanita yang mengalami Amenorrhoea turut mempunyai masalah ovulasi.
Monday, 19 August 2013
VIVIX - Anti Penuaan
Shaklee memperkenalkan Vivix, produk supplemen revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. Lebih 1 juta botol Vivix telah pun dijual. Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No.1 supplemen makanan di Amerika. Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular
4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular
- Kerosakkan DNA
- Pengawalan Genetik
- Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-sel
Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.
- Penimbunan Protin AGE
Vivix juga menolong membantu menjaga/memelihara :
- kesihatan jantung
- kesihatan otak
- kesihatansistem imun
- kesihatan sendi
- perlindungan antioksidan
- peningkatan tenaga pada tahap sellular
- kesihatan dan kesejahteraan
Subscribe to:
Posts (Atom)




