Showing posts with label Set slimming. Show all posts
Showing posts with label Set slimming. Show all posts

Tuesday, 7 October 2014

PROMOSI ESP SHAKLEE OKTOBER BELI 6 DAPAT 7

Assalamualaikum saya ucapkan buat semua pembaca yang masih setia bersama blog beautystylistar...

Entry kali ni kb nak share tentang promosi esp kembali lagi untuk sekian kalinya. Setiap bulan pihak shaklee akan menggalakkan dealer-dealer untuk terus mengorak langkah dengan menyajikan promosi salah satu produk kelurannya. Dan kali ni adalah promosi esp shaklee yang boleh juga kb katakan main produk yang sentiasa mendapat sambutan hangat pengguna tegar soya diluar sana. Siapa yang dah pernah minum esp shaklee ataupun pengguna tegar esp shaklee, tau lah keistimewaannya dan kelazatannya kan? Cer angkat tangan sape yang dah consume esp shaklee. hehehe..


Sangat berbaloi kepada pengguna tegar esp shaklee untuk bulan ni yang mana boleh buat stok sebanyak 7 canister. Apa tidaknya, beli 6 canister esp shaklee dapat satu canister esp percuma. Bukan itu saja tau. Kalau xnak buat stok, boleh jual juga pada orang lain yang baru nak mencuba esp shaklee. Masa ni lah kita nak bantu orang lain untuk dapatkan kesihatan yang berkekalan. Jadi tak rugi kita sebagai pengedar beli 6 percuma 1 untuk buat stok atau jual semula. Selain tu, sesiapa yang buat pembelian 6 canister esp shaklee hanya pada bulan oktober ni, bukan sahaja dapat esp percuma satu, bukan sahaja dapat untung runcit kalau jual kat orang, malah dapat keahlian percuma lagi. Ha, kalau nak tau, boleh la hubungi kb. Kb akan consult anda tentang cara buat pembelian dan faedah-faedah yang boleh anda dapat.

Selain kb nak ceritakan tentang promosi esp shaklee ni, kb nak cerita satu lagi cerita menarik berkenaan esp shaklee ni jugak. Baru-baru ni kawan kb perasan dan tegur kb kat laman sosial muka buku yang mengatakan kb dah nampak chubby. Betul ke?


Cer tengok gambar atas ni. Gambar sebelum kb berumahtangga dan gambar bawah selepas berumahtangga. Uppssss..kb belum berbadan dua lagi ye. Allah belum mengizinkan. Tapi bile diperhatikan betul-betul, nampak chubby sket gambar yang bawah tu. Alhamdulillah, memang kb nak chubby sket tapi nak maintain berat badan. Dengan esp shaklee sume impian kb jadi kenyataan. Bukan kulit muka je makin halus, berat badan maintain, walaupun makan kerap. hehehe.


Kb memang sangat suka soya. Sebelum kenal esp shaklee, kb selalu beli air kotak soya. Kalau keluar pekan mesti beli air kotak soya. Tapi sejak ada esp shaklee, kb tak pernah putus stok esp shaklee. Dengan adanya promosi ni lah kb ambil peluang untuk buat stok. Tapi biasanya akan habis sebab kb jual esp shaklee. Memang banyak permintaan. Alhamdulillah. Sebelum ni kb akan cod produk shaklee di kawasan kuala pilah, bahau, johol, seremban dan tampin, tapi kali ni kb juga boleh cod produk shaklee area Port Dickson. Jadi, kalau anda orang pd, nak dapatkan esp dengan harga yang sangat budget boleh la hubungi kb ye.

Fon : 0172877675
Whatsapp : 019-6865631

Insya Allah, kb akan consult anda sebaik yang mungkin. Setakat ni dulu coretan kb tentang esp shaklee yang sangat ohhsemmm. jumpe kalian di lain entry.

Thursday, 21 November 2013

OMEGA GUARD : MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA


Apakah kelebihan Minyak Ikan Omega Shaklee ni ye?? Jom kite tengok..

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 janis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu kajian yang dijalankan, membuktikan Omega Guard Shaklee dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA.

Kebanyakan pengusaha-pegusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh manapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahannya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

Manfaat Utama Omega Guard Shaklee :

1. ASID LEMAK
~ Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan
~ Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan
~ Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos
~ Boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan

2. MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN SERTA PERKEMBANGAN MEMORI
~ DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia sangat penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi DHA yang sangat tinggi
~ DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
~ Mencegah penyakit alzheimer
~ Memelihara penglihatan dan pendengaran
~ Mencegah migrain
~ Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA

3. MENINGKATKAN SISTEM IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
~ Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE(lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang

4. MENENTANG KANSER
~ Boleh mencegah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser prostat, dan kanser kolon
~ Boleh meningkatkan enterogastritis
~ Merangsang kesihatan hati selepas pembedahan
~ Membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif

5. MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI (ARTHRITIS)
~ Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan yang boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
~ Mencegah arthritis
~ Memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif

6. MENCEGAH INSOMNIA DAN MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN
~ EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi
~ Membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan(anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia


Wednesday, 9 October 2013

ELAK GEMUK DAN PENYAKIT..

KAWAL PENGAMBILAN LEMAK TEPU

Pasti ramai yang beranggapan bahawa punca kegemukan adalah disebabkan lemak-lemak yang berkumpul di dalam badan. Justeru, ia perlu disingkirkan bagi mengelakkan masalah tersebut dari berterusan.

Usah keliru kerana bukan semua lemak mendatangkan kesan yang negatif. Sebenarnya, tubuh masih memerlukan lemak untuk pemanasan serta proses-proses lain. Tambahan pula otak dan beberapa organ didalamnya memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik.



Apa yang membahayakan ialah pengumpulan lemak tepu yang berpunca dari lemak-lemak daging, mentega, susu, keju dan lain-lain lagi. Tidak dinafikan, terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi lemak tepu masih boleh dimakan. Bagaimanapun jika pengambilannya perlu diawasi terlalu banyak dikhuatiri bukan sahaja boleh menyebabkan kegemukan tetapi juga meningkatkan kadar kolesterol sekaligus menyebabkan masalah saluran darah tersumbat, angin ahmar dan serangan jantung. Oleh itu sebaiknya kawal pengambilan lemak tepu ini.

ELAK MAKAN DAGING MERAH



Daging merah masih boleh dimakan tetapi elakkan bahagian tulang rusuk. Ini kerana lemak tepu di kawasan tersebut amatlah tinggi. Sebaiknya cuba gantikan pengambilan daging merah dengan ayam tanpa lemak. Walaupun masih boleh dimakan, tetapi ayam juga mempunyai kawasan yang berlemak seperti dibahagian paha dan kepak berbanding daging putih yang terletak dibahagian dada ayam.

GUNAKAN MINYAK ZAITUN


Perhatikan kembali jenis minyak masak yang anda gunakan tatkala menyediakan sajian buat keluarga. Berkemungkinan besar kandungan tahap kolesterolnya tinggi. Jadi, cuba gantikan minyak tersebut dengan minyak zaitun. Kajian menunjukkan, minyak zaitun mengandungi lemak tidak tepu (polyunsaturated dan monounsaturated) yang secara tidak langsung membantu menurunkan kadar kolesterol sekaligus menggantikan lemak tidak tepu dalam masakan anda. Meskipun harganya sedikit mahal tetapi berbaloilah untuk penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.


KIRA JUMLAH PENGAMBILAN KALORI



Cubalah menjadi individu yang lebih rajin dengan membuat sedikit pengiraan berkenaan pemakanan anda sehari-hari. Lagipun, ia cukup penting bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa berada diparas yang memuaskan. Bagi pengamal 2000 kalori diet setiap hari, kaum wanita tidak dibenarkan mengambil lebih dari 18 gram lemak tepu sementara lelaki pula 20 gram. Sebagai permulaan, anda digalakkan mengambil separuh sahaja dada ayam yang telah diasingkan kulitnya kerana ia menyumbang dua gram lemak tepu ke dalam tubuh.

BAHAYA MAKANAN SEJUK BEKU


Rata-rata suri rumahtangga serta wanita-wanita berkerjaya gemar menjadikan makanan sejuk beku sebagai sajian untuk keluarga. Di samping mudah untuk disediakan, ia juga menjimatkan masa dan tenaga. Kenyataan di atas memanglah benar tetapi jangan mudah terpedaya dengan 'kelebihannya'. Ini kerana, kebanyakan makanan sejuk beku mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi seterusnya menjejaskan tahap kesihatan seseorang manusia.

DAGING PANGGANG BOLEH DIMAKAN


Pasti ramai individu di luar sana yang menggemari masakan berasaskan daging. Namun, hasrat tersebut terpaksa dimatikan segera lantaran kandungan lemak tepu yang tinggi. Menggoreng daging adalah satu amalan yang tidak baik kerana ia akan segera menyerap semua lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebagai alternatif, cuba panggang daging tersebut kerana lemak yang terkandung didalamnya akan terus mengalir keluar tanpa diserap kembali.







Friday, 4 October 2013

KELEBIHAN ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)


Shaklee merupakan syarikat pertama yang menciptakan makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein (ESP) ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


 APAKAH MANFAAT UTAMA ESP?

  • Awet Muda :- Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk Hormon :- kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk Prostat :- Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit Remaja :- meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga :- membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki Pigmentasi :- membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • Membaiki Memori :- meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.

APAKAH KEPENTINGAN PROTIN?

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

APA ITU ASID AMINO?

Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):



  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah) 
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang) 
  • Liver (penyakit hati) 
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah) 
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah) 
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil) 
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus) 
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh) 
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar) 
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik) 
  • Irritability (Badan menggeletar) 
  • Fatigue (Letih lesu) 
  • Weakness (Lemah) 
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan) 
  • Prolonged period of time mental retardation (Terencat akal) 
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

SIAPA YANG MEMERLUKAN ESP?

  • Ibu menyusu
  • Ibu hamil
  • Lelaki/wanita yang ingin turunkan berat badan
  • Sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan berpanjangan
  • Mereka yang mengalami masalah kesuburan
  • Mereka yang ingin menghilangkan parut (parut jerawat mahupun parut2 di badan)
  • Mereka yang ingin menaikkan taraf kesihatan 
  • Mereka yang inginkan kulit cantik berseri serta halus mulus
  • Wanita yang inginkan payudara anjal 
  • Sesuai untuk kanak2 sehinggalah warga emas.

Jadi, anda adalah kategori yang mana?? anda memerlukan esp?? sudah cukup protin di dalam badan anda?? jom dapatkan esp dengan harga yang sangat menarik..pm saya segera..
kb 0172877675 @ whatsapp 0196865631