Wednesday, 2 October 2013

TIADA HAID GANGGU OVULASIMU

Haid merupakan simbol kewanitaan. Biasanya wanita akan mengalami haid setiap bulan. Ia membuktikan bahawa sistem peranakannya dalam keadaan baik dan seseorang wanita itu sihat. Walaubagaimanapun, ada wanita yang tidak pernah mengalami haid sepanjang hidupnya.

Haid adalah satu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur yanh dialami oleh setiap wanita. Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang dari ovari. Ia juga menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati apabila tidak berlakunya persenyawaan.

Purata umur awal haid adalah 12 hingga 13 tahun namun ia boleh berlaku antara 8 hingga 16 tahun. Pelbagai faktor mempengaruhi kehadiran dan kitaran haid, contohnya keturunan, pemakanan dan kesihatan secara keseluruhan. Kitaran haid juga berbeza bagi setiap individu dengan beberapa kitaran pendek dan sesetengan kitaran lebih panjang.

PERSOALAN BIASA TENTANG HAID
Gejala di atas disebut sebagai amenorrhoea atau ketiadaan haid. Ia adalah hak yang biasa atau normal sekiranya gadis yang masih di peringkat pra pubertal, hamil atau putus haid disebabkan sudah mencapai peringkat menopaus. Terdapat dua keadaan amenorrhoea iaitu primary amenorrhoea dan secondary amenorrhoea.

1. PRIMARY AMENORRHOEA

  • Ia diambil kira di kalangan anak-anak gadis yang berumur 14 tahun jika tiada ciri-ciri seksual sekunder. Namun ia boleh ditangguhkan sehingga usia 16 tahun jika ciri-ciri lain berkembang secara normal. Di antara ciri-ciri seksual sekunder ialah bentuk tubuh dan pembesaran payu dara, tumbuhnya rambut pada kemaluan dan bulu di bahagian ketiak.
  • Bagi anak-anak gadis yang tergolong dalam kumpulan ini, hormon yang ada dalam tubuhnya tidak cukup untuk memulakan haid. Adalah dicadangkan agar gadis tersebut mendapatkan nasihat pakar apabila tidak mengalami haid selepas usia 16 tahun. Primary amenorrhoea adalah sangat jarang berlaku berbanding Secondary amenorrhoea. Di Amerika Syarikat sendiri puratanya adalah 0.3% dan 4% sahaja.
2. SECONDARY AMENORRHOEA
  • Secondary amenorrhoea ialah situasi ketiadaan haid di kalangan wanita yang tidak hamil. Sebelum ini mereka mempunyai haid yang normal. Namun seseorang wanita itu dikategorikan mengalami secondary amenorrhoea apabila tidak didatangi haid untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga kitaran haid. Wanita yang kekurangan haid selama enam bulan juga tergolong dalam kategori ini.
BAGAIMANA DAN MENGAPA PRIMARY AMENORRHOEA BERLAKU??
Untuk memudahkan pemahaman dan tujuan penyiasatan, ia boleh dikategorikan mengikut hadir atau tidak perkembangan normal ciri-ciri seksual sekunder.
KEHADIRAN CIRI-CIRI SEKSUAL SEKUNDER
  • KELEWATAN BIASA
Doktor akan bertanyakan tentang umur haid gadis tersebut. Pembesaran buah dada, pertumbuhan rambut dibahagian kemaluan dan ketiak adalah tururtan ciri-cirir seksual sekunder. Dalam tempoh ini, pesakit dinasihatkan bersabar menunggu kehadiran haid yang merupakan tahap terakhir akil baligh.
  • KERENCATAN PERKEMBANGAN ORGAN KELAMIN
Antara contohnya ialah selaput dara yang gagal berkembang (imperforate hymen) atau ketiadaan faraj adalah antara punca masalah ini berlaku. Gadis-gadis ini akan merasai kesakitan dan ada juga yang perutnya mengembang disebabkan tiada laluan darah haid yang terbentuk dari rahim. Dengan kata lain, aliran arah yang tersumbat.


  • KECACATAN GENETIK (TESTIKULAR FEMINASATION)
Ia adalah individu yang luarannya seperti gadis remaja biasa namun mereka tiada organ dalaman wanita. Ini disebabkan oleh kecacatan genetik pada kromosom X yang menyebabkan tubuh tidak dapat bertindak balas terhadap hormon yang menghasilkan penampilan lelaki. Akibatnya fizikal luarannya membentuk ciri-cirir kewanitaan.
KETIADAAN CIRI-CIRI SEKSUAL SEKUNDER
Keadaan ini pula disebabkan oleh kerencatan atau kegagalan fungsi paksi otak. (hypothalamic failure atau hypothalamic-pituitary axis). Sebagai contoh, tekanan yang sangat teruk, penyakit kronik dan berat badan yang sangat rendah seperti yang dihidapi oleh pesakit anorexia nervosa.

Faktor lain ialah seperti kegagalan rembesan hormon-hormon tertentu yang menyebabkan penyakit seperti Kallman's syndrome, premature ovarian failure, 5-alpha reductase deficiency dan lain-lain.
FAKTOR PENYEBAB SECONDARY AMENORRHOEA
1. TIADA TANDA-TANDA ANDROGEN  BERLEBIHAN
  • Faktor fisiologi seperti kehamilan, menyusu dan menopaus
  • Kegagalan fungsi ovari, mungkin disebabkan kesan radioterapi atau kemoterapi
  • Mengambil kaedah perancang seperti implant atau suntikan Depot
  • Jisim badan sama ada terlalu rendah atau tinggi
  • Penyakit pituitari dan hyperprolactinaemia (disebabkan oleh kehadiran tumor atau dadah yang tertentu)
2. ADA TANDA-TANDA ANDROGEN BERLEBIHAN
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Sindrom Cushing
  • Barah kelenjar adrenal atau ovari
ADAKAH GEJALA INI BERKAITAN DENGAN TAHAP KESUBURAN SESEORANG WANITA??
Amenorrhoea boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan seseorang wanita. Ramai wanita yang mengalami Amenorrhoea turut mempunyai masalah ovulasi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...