Wednesday, 9 October 2013

ELAK GEMUK DAN PENYAKIT..

KAWAL PENGAMBILAN LEMAK TEPU

Pasti ramai yang beranggapan bahawa punca kegemukan adalah disebabkan lemak-lemak yang berkumpul di dalam badan. Justeru, ia perlu disingkirkan bagi mengelakkan masalah tersebut dari berterusan.

Usah keliru kerana bukan semua lemak mendatangkan kesan yang negatif. Sebenarnya, tubuh masih memerlukan lemak untuk pemanasan serta proses-proses lain. Tambahan pula otak dan beberapa organ didalamnya memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik.



Apa yang membahayakan ialah pengumpulan lemak tepu yang berpunca dari lemak-lemak daging, mentega, susu, keju dan lain-lain lagi. Tidak dinafikan, terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi lemak tepu masih boleh dimakan. Bagaimanapun jika pengambilannya perlu diawasi terlalu banyak dikhuatiri bukan sahaja boleh menyebabkan kegemukan tetapi juga meningkatkan kadar kolesterol sekaligus menyebabkan masalah saluran darah tersumbat, angin ahmar dan serangan jantung. Oleh itu sebaiknya kawal pengambilan lemak tepu ini.

ELAK MAKAN DAGING MERAH



Daging merah masih boleh dimakan tetapi elakkan bahagian tulang rusuk. Ini kerana lemak tepu di kawasan tersebut amatlah tinggi. Sebaiknya cuba gantikan pengambilan daging merah dengan ayam tanpa lemak. Walaupun masih boleh dimakan, tetapi ayam juga mempunyai kawasan yang berlemak seperti dibahagian paha dan kepak berbanding daging putih yang terletak dibahagian dada ayam.

GUNAKAN MINYAK ZAITUN


Perhatikan kembali jenis minyak masak yang anda gunakan tatkala menyediakan sajian buat keluarga. Berkemungkinan besar kandungan tahap kolesterolnya tinggi. Jadi, cuba gantikan minyak tersebut dengan minyak zaitun. Kajian menunjukkan, minyak zaitun mengandungi lemak tidak tepu (polyunsaturated dan monounsaturated) yang secara tidak langsung membantu menurunkan kadar kolesterol sekaligus menggantikan lemak tidak tepu dalam masakan anda. Meskipun harganya sedikit mahal tetapi berbaloilah untuk penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.


KIRA JUMLAH PENGAMBILAN KALORI



Cubalah menjadi individu yang lebih rajin dengan membuat sedikit pengiraan berkenaan pemakanan anda sehari-hari. Lagipun, ia cukup penting bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa berada diparas yang memuaskan. Bagi pengamal 2000 kalori diet setiap hari, kaum wanita tidak dibenarkan mengambil lebih dari 18 gram lemak tepu sementara lelaki pula 20 gram. Sebagai permulaan, anda digalakkan mengambil separuh sahaja dada ayam yang telah diasingkan kulitnya kerana ia menyumbang dua gram lemak tepu ke dalam tubuh.

BAHAYA MAKANAN SEJUK BEKU


Rata-rata suri rumahtangga serta wanita-wanita berkerjaya gemar menjadikan makanan sejuk beku sebagai sajian untuk keluarga. Di samping mudah untuk disediakan, ia juga menjimatkan masa dan tenaga. Kenyataan di atas memanglah benar tetapi jangan mudah terpedaya dengan 'kelebihannya'. Ini kerana, kebanyakan makanan sejuk beku mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi seterusnya menjejaskan tahap kesihatan seseorang manusia.

DAGING PANGGANG BOLEH DIMAKAN


Pasti ramai individu di luar sana yang menggemari masakan berasaskan daging. Namun, hasrat tersebut terpaksa dimatikan segera lantaran kandungan lemak tepu yang tinggi. Menggoreng daging adalah satu amalan yang tidak baik kerana ia akan segera menyerap semua lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebagai alternatif, cuba panggang daging tersebut kerana lemak yang terkandung didalamnya akan terus mengalir keluar tanpa diserap kembali.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...