Thursday, 21 November 2013

OMEGA GUARD : MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA


Apakah kelebihan Minyak Ikan Omega Shaklee ni ye?? Jom kite tengok..

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 janis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu kajian yang dijalankan, membuktikan Omega Guard Shaklee dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA.

Kebanyakan pengusaha-pegusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh manapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahannya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

Manfaat Utama Omega Guard Shaklee :

1. ASID LEMAK
~ Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan
~ Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan
~ Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos
~ Boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan

2. MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN SERTA PERKEMBANGAN MEMORI
~ DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia sangat penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi DHA yang sangat tinggi
~ DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
~ Mencegah penyakit alzheimer
~ Memelihara penglihatan dan pendengaran
~ Mencegah migrain
~ Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA

3. MENINGKATKAN SISTEM IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
~ Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE(lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang

4. MENENTANG KANSER
~ Boleh mencegah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser prostat, dan kanser kolon
~ Boleh meningkatkan enterogastritis
~ Merangsang kesihatan hati selepas pembedahan
~ Membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif

5. MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI (ARTHRITIS)
~ Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan yang boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
~ Mencegah arthritis
~ Memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif

6. MENCEGAH INSOMNIA DAN MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN
~ EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi
~ Membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan(anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...