Wanita
sering merungut apabila berhadapan dengan masalah keputihan terutamanya
di kalangan mereka yang hamil. Perubahan hormon yang berlaku
mengakibatkan peningkatan pengeluaran cecair di vagina serta penurunan
pH. Ketidakseimbangan hormon adalah punca terjadinya simptom keputihan.
Bagi ibi-ibu mengandung, ia adalah situasi yang normal apabila cecair
yang keluar jernih dan berwarna sedikit kekuningan serta likat,
menyerupai lendir yang keluar tanpa bau atau kegatalan.
Bagaimanapun,
sekiranya lendir tersebut mengeluarkan bau, gatal serta perit sewaktu
membuang air kecil ditambah dengan warna yang bertukar sedikit kehijauan
atau bercampur dengan darah, maka ia adalah penyakit sekali gus
memudaratkan kesihatan si ibu dan janin. Pemeriksaan awal perlu
dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Keputihan
juga banyak dikaitkan dengan pengambilan makanan yang salah.
Sesetengahnya mengatakan timun dan nenas adalah penyebab utama masalah
ini dari terus berlaku. Hakikatnya, ia bukan seperti yang disangka.
Tiada makanan tertentu yang boleh dijadikan punca kerana nenas diketahui
kaya dengan vitamin C. Begitu juga dengan penggunaan pembersih vagina
wanita yang dipercayai boleh mengelakkan masalah keputihan.
Sebenarnya,
ia bukanlah penyelesaian malah mencetus gangguan terhadao bakteria
normal yang wujud di dalam vagina. Meskipun bernama bakteria, namun ia
masih diperlukan untuk menyeimbangkan pH vagina agar tiada kuman bahaya
membiak di kawasan berkenaan sekali gus melepaskan diri ibu hamil dari
keputihan
Penyakit
ini perlu dirawat dan tidak wajar dipandang sebelah mata sahaja. Jika
tiada perhatian yang khusus, maka kesihatan ibu dan janin pasti
terjejas. Berikut adalah beberapa jenis masalah yang me
mbahayakan wanita hamil sekiranya mengalami keputihan yang tidak normal :-
CHLAMYDIA
Bayi
boleh dilahirkan lebih awal dari jangkaan tarikh sebenar apabila masalah
keputihannya dibawa oleh Chlamydia lantaran selaput ketuban yang pecah.
Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan keguguran malah lebih teruk
lagi kehilangan nyawa ibu dan janin sekiranya tidak ditangani dalam
kadar yang segera.
KUMAN HERPES SIMPLEKS
Bayi
berisiko terkena penyakit radang otak (ensefalitis) apabila kuman Herpes
Simpleks bercampur dengan keputihan. Jadi, periksalah kesihatan anda di
peringkat awal agar penyakit berbahaya seperti ini dapat dielakkan.
CANDIDA ALBICAN
Kulat Candida yang menjangkiti cairan keputihan meningkatkan risiko terjadinya masalah epilepsi kepada bayi.
KUMAN HPV
Bayi
boleh terganggu saluran pernafasan dan pencernaannya, malah lebih teruk
lagi hilang nyawa apabila kuman HPV menjangkiti cairan keputihan ibunya.
NEISSEREA GONORRHOEA
Bayi
berkemungkinan mengalami masalah buta apabila keputihan yang disebabkan
oleh Neisserea Gonorrhoea menjangkitinya. Disebabkan itu, para ibu hamil
harus lebih berhati-hati dan peka terhadap perubahan yang berlaku ke
atas diri mereka. Risiko bahaya boleh dikurangkan sekiranya langkah
pencegahan dan pemeriksaan telah dilakukan dari awal.
LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH KEPUTIHAN :-
1. Elakkan menggunakan sabun wangi untuk mencuci vagina kerana ia boleh
mengakibatkan alahan. Begitu juga dengan 'pantyliner' biasa yang
dihasilkan dari kertas guna semula dengan bauan bunga-bunga segar. Cara
yang paling mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan air suam yang
bersih sahaja. Cukup dengan itu kerana vagina anda lebih terpelihara
kebersihan dan kesihatannya.
2. Setiap kali membuang air kecil atau besar, pastikan vagina sentiasa
berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Dalam masa yang sama,
gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kapas dan jangan sekali-kali
memakainya jika ia lembap.
3. Jauhi tabiat menyembur air terus ke dalam vagina sewaktu mandi atau
membuang air kecil. Perbuatan seperti hanya mengganggu keseimbangan
flora bakteria di dalam vagina sekali gus mengakibatkan jangkitan.
4. Usah sekali-kali manabur bedak keatas seluar dalam yang ingin
digunakan semata-mata beranggapan ia mampu mengharumkan vagina.
Debu-debu yang menyelinap masuk ke dalam kemaluan hanya akan merosakkan
sistem peranakan anda.
5. Amalkan diet dari sumber bakteria baik seperti yogurt, susu kultur,
sayuran hijau, serta bendi. Paling tidak, satu minggu sekali yang mana
tujuannya adalah untuk menguatkan daya tahan badan.
6. Adalah digalakkan pengambilan multivatamin bagi anda yang hamil untuk
kebersihan dan kesihatan dalaman juga secara tidak langsung untuk
kesihatan dan perkembangan bayi yang sihat
DAPATKAN SEGERA SET KEHAMILAN SHAKLEE DEMI KESIHATAN ANDA DAN JUGA KANDUNGAN ANDA DENGAN HARGA YANG ISTIMEWA!!!
*PM KB 0172877675 UNTUK DAPATKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE