Bagaimanapun, sekiranya lendir tersebut mengeluarkan bau, gatal serta perit sewaktu membuang air kecil ditambah dengan warna yang bertukar sedikit kehijauan atau bercampur dengan darah, maka ia adalah penyakit sekali gus memudaratkan kesihatan si ibu dan janin. Pemeriksaan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Keputihan juga banyak dikaitkan dengan pengambilan makanan yang salah. Sesetengahnya mengatakan timun dan nenas adalah penyebab utama masalah ini dari terus berlaku. Hakikatnya, ia bukan seperti yang disangka. Tiada makanan tertentu yang boleh dijadikan punca kerana nenas diketahui kaya dengan vitamin C. Begitu juga dengan penggunaan pembersih vagina wanita yang dipercayai boleh mengelakkan masalah keputihan.
Sebenarnya, ia bukanlah penyelesaian malah mencetus gangguan terhadao bakteria normal yang wujud di dalam vagina. Meskipun bernama bakteria, namun ia masih diperlukan untuk menyeimbangkan pH vagina agar tiada kuman bahaya membiak di kawasan berkenaan sekali gus melepaskan diri ibu hamil dari keputihan
Penyakit ini perlu dirawat dan tidak wajar dipandang sebelah mata sahaja. Jika tiada perhatian yang khusus, maka kesihatan ibu dan janin pasti terjejas. Berikut adalah beberapa jenis masalah yang me
mbahayakan wanita hamil sekiranya mengalami keputihan yang tidak normal :-
CHLAMYDIA
Bayi boleh dilahirkan lebih awal dari jangkaan tarikh sebenar apabila masalah keputihannya dibawa oleh Chlamydia lantaran selaput ketuban yang pecah. Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan keguguran malah lebih teruk lagi kehilangan nyawa ibu dan janin sekiranya tidak ditangani dalam kadar yang segera.
KUMAN HERPES SIMPLEKS
Bayi berisiko terkena penyakit radang otak (ensefalitis) apabila kuman Herpes Simpleks bercampur dengan keputihan. Jadi, periksalah kesihatan anda di peringkat awal agar penyakit berbahaya seperti ini dapat dielakkan.
CANDIDA ALBICAN
Kulat Candida yang menjangkiti cairan keputihan meningkatkan risiko terjadinya masalah epilepsi kepada bayi.
KUMAN HPV
Bayi boleh terganggu saluran pernafasan dan pencernaannya, malah lebih teruk lagi hilang nyawa apabila kuman HPV menjangkiti cairan keputihan ibunya.
NEISSEREA GONORRHOEA
Bayi berkemungkinan mengalami masalah buta apabila keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoea menjangkitinya. Disebabkan itu, para ibu hamil harus lebih berhati-hati dan peka terhadap perubahan yang berlaku ke atas diri mereka. Risiko bahaya boleh dikurangkan sekiranya langkah pencegahan dan pemeriksaan telah dilakukan dari awal.
LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH KEPUTIHAN :-
1. Elakkan menggunakan sabun wangi untuk mencuci vagina kerana ia boleh mengakibatkan alahan. Begitu juga dengan 'pantyliner' biasa yang dihasilkan dari kertas guna semula dengan bauan bunga-bunga segar. Cara yang paling mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan air suam yang bersih sahaja. Cukup dengan itu kerana vagina anda lebih terpelihara kebersihan dan kesihatannya.
2. Setiap kali membuang air kecil atau besar, pastikan vagina sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Dalam masa yang sama, gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kapas dan jangan sekali-kali memakainya jika ia lembap.
3. Jauhi tabiat menyembur air terus ke dalam vagina sewaktu mandi atau membuang air kecil. Perbuatan seperti hanya mengganggu keseimbangan flora bakteria di dalam vagina sekali gus mengakibatkan jangkitan.
4. Usah sekali-kali manabur bedak keatas seluar dalam yang ingin digunakan semata-mata beranggapan ia mampu mengharumkan vagina. Debu-debu yang menyelinap masuk ke dalam kemaluan hanya akan merosakkan sistem peranakan anda.
5. Amalkan diet dari sumber bakteria baik seperti yogurt, susu kultur, sayuran hijau, serta bendi. Paling tidak, satu minggu sekali yang mana tujuannya adalah untuk menguatkan daya tahan badan.
6. Adalah digalakkan pengambilan multivatamin bagi anda yang hamil untuk kebersihan dan kesihatan dalaman juga secara tidak langsung untuk kesihatan dan perkembangan bayi yang sihat
DAPATKAN SEGERA SET KEHAMILAN SHAKLEE DEMI KESIHATAN ANDA DAN JUGA KANDUNGAN ANDA DENGAN HARGA YANG ISTIMEWA!!!
*PM KB 0172877675 UNTUK DAPATKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE
No comments:
Post a Comment