Saya pernah mengalami gastrik, saya percaya dan yakin bahawa ramai dikalangan kita diluar sana juga mengalami masalah yang sama seperti saya...jgn ambil ringan dengan masalah gastrik ini kerana jika tidak dicegah akan menjadi kanser...betul ke?? ok, jom kita tengok apa penyebab berlakunya gastrik dan tanda-tanda seseorang akan mengalami gastrik.
Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal ulcer) ataupun perut (dipanggil gastrik ulcer). Ulser ini selalunya bening (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).
Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit ini? Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser. Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter Pylori (lebih biasa dikenali sebagai H.pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.
Antara faktor- faktor yang mempengaruhi penyakit ini adalah :-
> pengambilan ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dan sebagainya. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-infammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.
> orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi) atau sebab-sebab lain.
> penyakit tertentu seperti Crohn's Disease dan Zollinger-Ellison Syndrome.
> hal-hal yang berkaitan dengan reflux, kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bila masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, Pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku.
> orang yang berdarah jenis A
> pengambilan kefein dan alkohol berlebihan
> perokok
> pemakanan yang tidak tersusun/terurus
> stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.
TANDA-TANDA :-
pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda seperti :-
> sakit perut dan rasa tidak hadam makanan. Sakit perut selalunya dirasai dibahagian atas perut.
> rasa pening kepala
> mengalami angin. Terasa sakit dibahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap
> muntah-muntah
> badan rasa lemah lesu
> berat badan menurun
> najis menjadi hitam atau gelap ( kerana ia sebati dengan darah).
LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH ANDA LAKUKAN :-
> makan yang kerap
> rehat yang lebih
> jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser
> pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brokoli harus ditambah.nSulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut
No comments:
Post a Comment