Thursday, 5 December 2013

VITAMIN SHAKLEE : NYAH KULIT KUSAM & TAK BERMAYA

Assalamualaikum dan salam Jumaat..

Entry kali ni kb nak share sedikit tentang vitamin yang sangat superb yang kb gunakan untuk dapatkan kulit yang sihat malah berseri dan glowing. Sebelum tu kb nak tunjuk gambar kulit kb sebelum dan selepas jumpe shaklee


Sebelum kb kenal shaklee, kulit memang kusam. Walaupun dah tepek foundation n make up, nampak jugak liang pori tu. Dulu memang jerawat teruk, berminyak, liang pori terbuka, kusam, tona xsekata, ade blackhead n whitehead, semua ada kan. Memang pakage lengkap la.Hehehe. Kb dah macam-macam makan untuk kecantikan kulit ni dari yang mahal sampai la yang murah. Kadang-kadang rase penat nak cari sampai lah satu masa tu jumpe shaklee kat internet tahun 2012 kalau tak silap. Mase tu tak beli lagi sebab hati ni tak tergerak lagi nak cube.

Sampailah kb mengajar di SMK Jelai jumpe dengan kawan yang kulit muke die sangat cantik. Tak de pun jerawat dan memang bersih la. Kb tanye die gune ape, die cakap makan lah shaklee. Kb sangat teruja bile dengar shaklee. Terus amek set cantik basic shaklee


Lepas consume set basic ni, memang sangat amazing dua minggu je kulit kb nampakkan perubahan. memang macam tak percaya. Lepas dua minggu kawan-kawan tegur sebab nampak dah ok sket dieorang kata. Kb pun seronok sangat dan tambah b complex dalam set cantik basic ni


Dari hari ke hari nampak kan perubahan. Kb sangat teruja. Untuk dapatkan harga yang sangat murah sehingga 20% kb terus jadi ahli shaklee. Sangat beruntung bile gune produk yang sangat berkesan. Tahan lama pula tu kan. Jadi, kb pun terus add full set cantik shaklee sebab memang sangat berkesan


Kb tambah kolagen dan vitamin c release dalam set cantik kb ni. Murah kan. Dapat beli dengan harga ahli. Jadi ape nak kisah. Hehehe.. Lagipun ini makanan kesihatan, jadi tak rugi beli dan amalkan. Untuk kesihatan sepanjang zaman kan. 100% tumbuh-tumbuhan pulak tu kan. Selain tu juga kb amalkan masker alfalfa dari shaklee jugak dan vita e



Antara masker yang kb gunakan. Memang sangat membantu. Iaitu esp+vitae & esp+alfalfa. Sangat menghaluskan kulit. Sejak kenal shaklee, kb dah tak cari produk lain lagi dah. Kb pun dah dapat kulit muka idaman kb. Hehhehe


Sunday, 1 December 2013

VITAMIN IBU MENYUSU : ALFALFA COMPLEX

Berkenaan vitamin ibu menyusu yang menggunakan supplement-supplement Shaklee ini mesti ramai ibu dan bakal ibu yang sedikit keliru untuk memilih set vitamin ibu menyusu yang sesuai dengan diri. Tidak mengapa, kita boleh 'trial and error' untuk dapatkan hasil pengeluaran susu ibu yang optima.

Secara asasnya semua vitamin dalam set vitamin ibu menyusu yang diperkenalkan memberikan manfaat kesihatan yang banyak kepada ibu seperti menambah tenaga (mengurangkan kepenatan), kekal cergas dan ceria serta yang utama sekali adalah mengurang stress.

Apabila si ibu sihat, cergas dan ceria dengan vitamin ibu menyusu, si ibu dapat menghasilkan pengeluaran susu ibu yang optima dan lebih pekat dan berkhasiat sesuai dengan keperluan bayinya dengan tenang dan gembira.

Hati yang tenang, badan yang sihat dapat menggerakkan 'spirit' minda bawah sedar kita untuk menghasilkan susu dengan banyak. Oleh sebab itu, set vitamin ibu menyusu shaklee banyak membantu ibu-ibu menyusu menjayakan tempoh penyusuan sehingga dua tahun dan lebih lagi.

Set vitamin ibu menyusu ini diperkenalkan bersesuaian dengan keperluan setiap pasangan ibu dan anak. Berikut adalah senarai set vitamin ibu menyusu yang sesuai untuk ibu yang menyusukan dan anak.


Kelebihan Alfalfa complex adalah sebagai 'milk booster' kepada ibu menyusu selain menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. Selain itu, alfalfa complex juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.

Jom tengok testimoni pengguna yang mengambil alfalfa complex sebagai "milk booster" :




Bagaimana Menjayakan Penyusuan :

Sekiranya anda mengambil mana-mana set vitamin ibu menyusu ini maka bersedialah untuk lebihkan kekerapan mengepam setiap 2-3 jam kerana tanpa kekerapan mengepam dan menyusukan maka tiada gunanya kita mengambil vitamin ibu menyusu ini.

Vitamin ibu menyusu hanya bertindak sebagai 'milk booster' dan menyokong keperluan zat & nutrisi ibu menyusu dan anak yang disusui kerana secara puratanya kebanyakkan kita tidak dapat mengambil keperluan makanan harian dengan secukupnya. Tanpa pengosongan payudara yang kerap, otak tidak dapat menerima signal untuk mengerahkan payudara menghasilkan lebih banyak susu ibu.

Sekiranya anda ingin menyusukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun, anda perlu bersedia dengan konsep 'more demand, more supply' dalam memastikan ibu dapat meningkatkan pengeluaran dan mengekalkan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Pastikan juga ibu-ibu minum tidak kurang air putih 3 liter sehari untuk penyerapan supplement yang berkesan oleh tubuh dan juga turut membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu.










Thursday, 28 November 2013

UBAT VS SUPLEMEN


UBAT


SUPLEMEN

Ramai orang yang kurang faham atau keliru di antara ubat dan suplemen (makanan tambahan). Ada yang enggan mengambil suplemen (makanan tambahan) kerana menganggap ianya seperti ubat-ubatan hanya kerana persamaan dari segi bentuk seperti biji, kapsul dan cecair. Sebenarnya kedua-duanya adalah berbeza. Disini saya akan berkongsi dengan anda semua apakah perbezaan di antara ubat dan suplemen supaya anda tidak akan keliru dengan kedua-duanya.

PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT.

Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......

OSTEMATRIX SHAKLEE : KENAPA IANYA PENTING?



Perbezaan Shaklee :

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada suplemen adalah dengan mengukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas penggunaan suplemen. Penggunaan hanya dua caplets dari osteomatrix menyebabkan peningkatan statistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12 jam.

MANFAAT UTAMA :

~ Menguatkan Tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

~ Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

~ Meringankan Stress - ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur yang selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

~ Memperbaiki Masalah Haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

~ Pengalkalian Tubuh - kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

~ Memperbaiki Hiperaktiviti Perut dan Sakit Gastrik

~ Vitamin D - dinamakan vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.

SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN D?

- Vegetarian,

- Individu melebihi 55 tahun

- Wanita hamil

- Kanak-kanak



BAGAIMANA MEMILIH KALSIUM PREMIUM?

* pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium

* elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum

* elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral

Monday, 25 November 2013

MANFAAT VITAMIN B-COMPLEX



Apakah manfaat utama B-complex dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1

Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum

Manfaatnya :

~ melancarkan metabolisme

~ melancarkan peredaran darah

~ mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak

~ mencegah terjadinya kerosakan urat saraf

~ memulihkan gangguan saraf


Vitamin B6

Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk

Manfaatnya :

~ memlancarkan metabolisme

~ meningkatkan kekebalan tubuh

~ menjaga keseimbangan garam-garam mineral

~ membantu sintetis RNA dan DNA


Vitamin B12

Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut

Manfaatnya :

~ mencegah kerosakan urat saraf

~ membantu pembentukan sel darah merah

~ melancarkan metabolisme sistem tubuh

~ mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

APAKAH YANG BERLAKU SEKIRANYA KITA KEKURANGAN B-COMPLEX?

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK


1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA


1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

VITAMIN PENTING UNTUK IBU MENGANDUNG

Salam sayang buat pembaca setia blog beautystylistar..

Entry kali ni kb nak share tentang satu berita gembira yang baru je kb dapat tahu..hehe

Kb akan dikurniakan anak buah lagi. Wah!! sape tak happy kan..syukur, bertambahlah ahli keluarga kb. Sebelum kb panjang lebar cerita tentang entry kali ni jom kb kenalkan dengan anak-anak buah kb yang comel-comel ni...


Inilah die buah hati kb. Masing-masing dengan perangai yang sentiasa buat kb happy bile bersama dieorang ni. Terutama si kecik ni. Name die Nur Husna Safrina bt Ismail. Yang si abang nama die Omardeen Hakimi bin Ismail. Si kakak pula bernama Nur Ain Farhana bt Ismail. Name pun comel-comel kan..hehehe

Act kb bukan nak cerita tentang anak buah kb ni, tapi kb nak cerita macam mana kb boleh tahu yang kb akan dapat anak buah lagi..coming soon..heheh..

Baru-baru ni kaklong kb datang rumah nak beli vitamin shaklee. kb pn tanye die nak vitamin ape. Die pun cakap la nak makan vitamin untuk pregnant. Eh? kaklong pregnant ke? die dok senyum simpul. Hehehe.. Alhamdulillah, kb pun suggest untuk trimester 1 punye vitamin. Jom kite tengok vitamin trimester 1 shaklee.


Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :-

- dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil

- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir

- membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.

- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.

Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.

jom tengok pula antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

~ Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

~ Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.

~ Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.

~ Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :-

~ Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.

~ B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid

~ Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

~Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Boleh juga add on :

~ Vitamin C - menguatkan sistem imun ibu hamil
~ ESP - memberi tenaga untuk si ibu dari alahan dan sentiasa sihat dan bertenaga selama proses hamil


Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan?

Jadi, kaklong kb pun ambil set trimester 1 iaitu vita lea, vita c, ostematrix dan b complex selepas kb terangkan satu persatu fungsi dan kebaikan-kebaikan produk tersebut. Semoga bayi yang bakal lahir sentiasa sihat dan mendapat nutrisi yang seimbang bersama kesihatan ibu yang berpanjangan semasa proses hamil..Insya Allah..


Ha..inilah kaklong kb. Moga kaklong dan bayi sentiasa sihat bersama multivatamin shaklee..

Thursday, 21 November 2013

OMEGA GUARD : APA ITU EPA DAN DHA?

Kita sering dengar tentang DHA dan EPA. Tapi, tahukah anda apa itu DHA dan EPA ini?

DHA (Asid Dokosaheksaenoat) dan EPA (Asid Eikosapentaenoat) lebih kita kenal dengan Omega 3. Sedangkan AA (Asid Arakhidonat) dikenal juga dengan Omega 6. Baik DHA, EPA dan AA adalah suatu golongan asam lemak esensial tak jenuh yang sangat diperlukan oleh bayi dalam perkembangan otak dan masa emas pertumbuhannya.

Pada saat baru lahir, masa otak bayi hanya 25% dari otak orang dewasa sedangkan pada saat berumur 2 tahun masa otaknya mencapai 75% dari otak orang dewasa. Jangkamasa 0-2 tahun ini kita kenal dengan "golden period", iaitu masa emas pertumbuhan otak anak.

Mengapa DHA, EPA, dan AA sangat penting bagi bayi?

DHA, EPA, dan AA merupakan bahan utama dalam pembentukan serabut saraf dan prostaglandin yang diperlukan untuk kekebalan tubuh dan pembekuan darah. Beberapa penelitian inilah yang menunjukan kombinasi DHA, EPA, dan AA dapat meningkatkan fungsi kognitif dan kemampuan visual pada bayi.

Penelitian tersebut menyebutkan adanya hubungan antara IQ anak pada saat umurnya mencapai 3 tahun dengan skor "problem solving".
Dengan kata lain, berdasarkan penelitian dia atas, bayi yang menerima suplemen DHA dan AA ini mungkin cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi daripada bayi yang tidak menerima suplemen DHA dan AA.

Kesan Pengambilan EPA dan DHA Kepada Kandungan

Wanita mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan penglihatan untuk proses berfikir dan melihat).

Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari, wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur 4 tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko elergik.


Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA Kepada Kanak-kanak

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protin, fiber, mineral dan vitamin. Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu diambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linolenik asid dan alpha.

Linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh didapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha-linolenik asid akan ditukarkan kepada omega-3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Omega-3 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia iaitu berperanan sebagai :

~ sistem imun badan - terutamanya di dalam tindak balas elergik
~ sistem pencernaan - mengawalatur sistem pencernaan perut
~ membaik pulih sel - pembentukan sel-sel baru
~ suhu badan - memastikan suhu badan pada tahap normal
~ tekanan bendalir - pada bahagian mata dan telinga


*sumber : Omega-3 Oils - A practical guide

Oleh itu, kesimpulannya, untuk perkembangan otak kanak-kanak, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapatkan khasiat yang seimbang. Contoh makanan yang kaya dengan omega-3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam, kekacang dan sebagainya. Namun, adakah makanan tersebut masih mempunyai DHA dan EPA yang tinggi setelah melalui pelbagai proses? Oleh itu, Omega Guard Shaklee menyediakan EPA dan DHA yang lengkap terutamanya dalam diet seharian anda.


ISTIMEWANYA SHAKLEE OMEGA GUARD

Ultratulen Bergred farmaseutikal
Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui satu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
*sumber : Buku Nutrisi Shaklee


OMEGA GUARD : MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA


Apakah kelebihan Minyak Ikan Omega Shaklee ni ye?? Jom kite tengok..

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 janis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu kajian yang dijalankan, membuktikan Omega Guard Shaklee dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA.

Kebanyakan pengusaha-pegusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh manapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahannya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

Manfaat Utama Omega Guard Shaklee :

1. ASID LEMAK
~ Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan
~ Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan
~ Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos
~ Boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan

2. MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN SERTA PERKEMBANGAN MEMORI
~ DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia sangat penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi DHA yang sangat tinggi
~ DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
~ Mencegah penyakit alzheimer
~ Memelihara penglihatan dan pendengaran
~ Mencegah migrain
~ Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA

3. MENINGKATKAN SISTEM IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
~ Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE(lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang

4. MENENTANG KANSER
~ Boleh mencegah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser prostat, dan kanser kolon
~ Boleh meningkatkan enterogastritis
~ Merangsang kesihatan hati selepas pembedahan
~ Membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif

5. MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI (ARTHRITIS)
~ Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan yang boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
~ Mencegah arthritis
~ Memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif

6. MENCEGAH INSOMNIA DAN MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN
~ EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi
~ Membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan(anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia


OMEGA GUARD : HADIAH ISTIMEWA AYAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Entry kali ni kb nak kongsikan cerita tentang orang yang kb sayang. Yang banyak berkorban untuk membesarkan kb, tidak pernah kenal erti putus asa dalam mencari nafkah untuk kb dan keluarga serta seorang ayah yang penyayang dan suke ambil berat tentang hidup anak-anaknye.

Jadi, setelah umur kb mencecah 28 tahun ni, kini giliran kb pula mengambil berat dan mengambil tahu tentang kehidupan seseorang yang bergelar ayah ini.


Inilah ayah kb, Encik Abdul Hamid bin Hitam. Sekarang memasuki umur 56 Tahun. Meh kb cerita serba sedikit tentang sejarah kesihatan ayah kb ni. Kalau nak tahu ayah kb ade masalah saluran jantung tersumbat dan masalah usus kembang. Doktor cakap usus ayah membengkak. Jadi ayah sukar nak lawas najis menyebabkan perut ayah membuncit. Doktor sahkan juga terdapat kudis sedikit di dinding usus ayah akibat menyimpan toksin yang lama, usus jadi luka. Kalau nak tahu, sejak tahu masalah usus ayah ni, baru ayah cerita jika nak buang air besar, mesti duduk lama kat toilet sebab susah nak teran, susah najis nak keluar. Kesian ayah.

Selain masalah usus, ayah juga mengalami masalah kolesterol yang tinggi menyebabkan saluran jantung tersumbat. Bile dengar, Ya Allah, hati sedih+pilu. Kb doa harap apa yang doktor cakap tu tak benar pun. Tapi bila difikir balik, mungkin ada benar cakap doktor memandangkan ayah memang suka masakan bersantan. Terutama kepala kambing masak rempah. Kalau jemputan majlis kenduri, belah-belah kampung pasti buat kambing masak rempah, ayah tak pernah tak pergi. Dalam kamus hidup ayah, wajib hadir jemputan. Bukan sebab nak jaga hati ke apa, sebab tak nak terlepas favourite food die tu la. Tapi kalau tak de kambing masak rempah, ayah akan pergi jugak jika ade jemputan, tapi tidak seexcited adenye lauk kambing masak rempah.

Kalau tak ada jemputan kenduri pun, ayah akan makan masakan lemak cili api. Walau apa pun lauk yang dihidangkan, pasti masak lemak nombor satu die akan request. Betapa pure nogoghi la katakan. Hehehhee. Dan sejak itulah kb mula risau dan selalu ingatkan die tentang pengambilan makanan terutama makanan berlemak.


Sejak jadi independent ditributor Shaklee ni, kb nekad nak jaga kesihatan family kb dengan sebaik mingkin. Insya Allah, terutama ayah tersayang ni. Kb terus bagi ayah makan Omega Guard Shaklee. Bagi kb inilah hadiah yang terbaik yang kb hadiahkan untuk ayah berbanding barang-barang berharga. Syukur bertemu Shaklee seawal ini. Sejak tu, kb consult ayah dengan sebaik mungkin dan setiap hari, setiap malam akan call die. Hehehehe. Sape tak sayang ayah kan.

Kenapa kb bagi ayah Omega Guard Shaklee? Bukan produk yang lain? Jom tengok salah satu manfaat Omega Guard Shaklee.


1. MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK
~ DHA dan EPA boleh menentang thrombosis
~ Tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah
~ Melincirkan saluran darah
~ Peredaran darah yang lancar
~ Efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala
~ Merendahkan kolesterol
~ Menghindarkan pembekuan darah di dalam badan
~ Membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
~ Mengawal masalah obesiti
~ Mencegah arteriosclerosis
~ Myocardial infraction
~ Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

Ok, cukup setakat ini dulu tentang manfaat Omega Guard. Kb akan detailkan lagi dalam entry seterusnye. Cume dalam entry kali ni, kb just nak share tentang betapa pentingnya kesihatan orang tersayang terutama ibu dan ayah kita.

Jika nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi kb terus@whatsapp. Kb akan melapangkan masa untuk kalian yang betul-betul mementingkan kesihatan dan pengambilan vitamin. Moga kisah ayah kb ini membuka mata kita untuk lebih prihatin dan sedar atas tanggungjawab kita yang sebenarnya pada ibu dan ayah.

Bagi kb pengambilan vitamin ini bukan 100% akan menyembuhkan penyakit ayah kb, namun kb rase inilah peluang dan ruang yang patut kb ambil sementara masih diberi kesempatan sebab kb bukan orang yang senang untuk bawak ayah membuat pembedahan dan sebagainya jika suatu hari ayah kb berada di situasi seperti itu. Jauh disudut hati, biarlah kb berusaha dari sekarang sebab kb yakin dengan keberkesanan produk Shaklee dan ketentuan Allah Yang Maha Kuasa. Yang penting kb dah jumpa jalan, why not kb cube kan?

Okeh, sebelum panjang lebar, kb letak lagi gambar bersama ayah tersayang. Hehehe. Yesss.. Kb memang anak ayah.


SETIA KE HUJUNG NYAWA