Thursday, 21 November 2013

OMEGA GUARD : HADIAH ISTIMEWA AYAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Entry kali ni kb nak kongsikan cerita tentang orang yang kb sayang. Yang banyak berkorban untuk membesarkan kb, tidak pernah kenal erti putus asa dalam mencari nafkah untuk kb dan keluarga serta seorang ayah yang penyayang dan suke ambil berat tentang hidup anak-anaknye.

Jadi, setelah umur kb mencecah 28 tahun ni, kini giliran kb pula mengambil berat dan mengambil tahu tentang kehidupan seseorang yang bergelar ayah ini.


Inilah ayah kb, Encik Abdul Hamid bin Hitam. Sekarang memasuki umur 56 Tahun. Meh kb cerita serba sedikit tentang sejarah kesihatan ayah kb ni. Kalau nak tahu ayah kb ade masalah saluran jantung tersumbat dan masalah usus kembang. Doktor cakap usus ayah membengkak. Jadi ayah sukar nak lawas najis menyebabkan perut ayah membuncit. Doktor sahkan juga terdapat kudis sedikit di dinding usus ayah akibat menyimpan toksin yang lama, usus jadi luka. Kalau nak tahu, sejak tahu masalah usus ayah ni, baru ayah cerita jika nak buang air besar, mesti duduk lama kat toilet sebab susah nak teran, susah najis nak keluar. Kesian ayah.

Selain masalah usus, ayah juga mengalami masalah kolesterol yang tinggi menyebabkan saluran jantung tersumbat. Bile dengar, Ya Allah, hati sedih+pilu. Kb doa harap apa yang doktor cakap tu tak benar pun. Tapi bila difikir balik, mungkin ada benar cakap doktor memandangkan ayah memang suka masakan bersantan. Terutama kepala kambing masak rempah. Kalau jemputan majlis kenduri, belah-belah kampung pasti buat kambing masak rempah, ayah tak pernah tak pergi. Dalam kamus hidup ayah, wajib hadir jemputan. Bukan sebab nak jaga hati ke apa, sebab tak nak terlepas favourite food die tu la. Tapi kalau tak de kambing masak rempah, ayah akan pergi jugak jika ade jemputan, tapi tidak seexcited adenye lauk kambing masak rempah.

Kalau tak ada jemputan kenduri pun, ayah akan makan masakan lemak cili api. Walau apa pun lauk yang dihidangkan, pasti masak lemak nombor satu die akan request. Betapa pure nogoghi la katakan. Hehehhee. Dan sejak itulah kb mula risau dan selalu ingatkan die tentang pengambilan makanan terutama makanan berlemak.


Sejak jadi independent ditributor Shaklee ni, kb nekad nak jaga kesihatan family kb dengan sebaik mingkin. Insya Allah, terutama ayah tersayang ni. Kb terus bagi ayah makan Omega Guard Shaklee. Bagi kb inilah hadiah yang terbaik yang kb hadiahkan untuk ayah berbanding barang-barang berharga. Syukur bertemu Shaklee seawal ini. Sejak tu, kb consult ayah dengan sebaik mungkin dan setiap hari, setiap malam akan call die. Hehehehe. Sape tak sayang ayah kan.

Kenapa kb bagi ayah Omega Guard Shaklee? Bukan produk yang lain? Jom tengok salah satu manfaat Omega Guard Shaklee.


1. MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK
~ DHA dan EPA boleh menentang thrombosis
~ Tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah
~ Melincirkan saluran darah
~ Peredaran darah yang lancar
~ Efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala
~ Merendahkan kolesterol
~ Menghindarkan pembekuan darah di dalam badan
~ Membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
~ Mengawal masalah obesiti
~ Mencegah arteriosclerosis
~ Myocardial infraction
~ Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

Ok, cukup setakat ini dulu tentang manfaat Omega Guard. Kb akan detailkan lagi dalam entry seterusnye. Cume dalam entry kali ni, kb just nak share tentang betapa pentingnya kesihatan orang tersayang terutama ibu dan ayah kita.

Jika nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi kb terus@whatsapp. Kb akan melapangkan masa untuk kalian yang betul-betul mementingkan kesihatan dan pengambilan vitamin. Moga kisah ayah kb ini membuka mata kita untuk lebih prihatin dan sedar atas tanggungjawab kita yang sebenarnya pada ibu dan ayah.

Bagi kb pengambilan vitamin ini bukan 100% akan menyembuhkan penyakit ayah kb, namun kb rase inilah peluang dan ruang yang patut kb ambil sementara masih diberi kesempatan sebab kb bukan orang yang senang untuk bawak ayah membuat pembedahan dan sebagainya jika suatu hari ayah kb berada di situasi seperti itu. Jauh disudut hati, biarlah kb berusaha dari sekarang sebab kb yakin dengan keberkesanan produk Shaklee dan ketentuan Allah Yang Maha Kuasa. Yang penting kb dah jumpa jalan, why not kb cube kan?

Okeh, sebelum panjang lebar, kb letak lagi gambar bersama ayah tersayang. Hehehe. Yesss.. Kb memang anak ayah.


SETIA KE HUJUNG NYAWA



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...