Thursday, 28 November 2013
OSTEMATRIX SHAKLEE : KENAPA IANYA PENTING?
Perbezaan Shaklee :
Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
Cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada suplemen adalah dengan mengukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas penggunaan suplemen. Penggunaan hanya dua caplets dari osteomatrix menyebabkan peningkatan statistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12 jam.
MANFAAT UTAMA :
~ Menguatkan Tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
~ Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
~ Meringankan Stress - ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur yang selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
~ Memperbaiki Masalah Haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
~ Pengalkalian Tubuh - kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
~ Memperbaiki Hiperaktiviti Perut dan Sakit Gastrik
~ Vitamin D - dinamakan vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.
SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN D?
- Vegetarian,
- Individu melebihi 55 tahun
- Wanita hamil
- Kanak-kanak
BAGAIMANA MEMILIH KALSIUM PREMIUM?
* pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium
* elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
* elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment