Monday, 25 November 2013

VITAMIN PENTING UNTUK IBU MENGANDUNG

Salam sayang buat pembaca setia blog beautystylistar..

Entry kali ni kb nak share tentang satu berita gembira yang baru je kb dapat tahu..hehe

Kb akan dikurniakan anak buah lagi. Wah!! sape tak happy kan..syukur, bertambahlah ahli keluarga kb. Sebelum kb panjang lebar cerita tentang entry kali ni jom kb kenalkan dengan anak-anak buah kb yang comel-comel ni...


Inilah die buah hati kb. Masing-masing dengan perangai yang sentiasa buat kb happy bile bersama dieorang ni. Terutama si kecik ni. Name die Nur Husna Safrina bt Ismail. Yang si abang nama die Omardeen Hakimi bin Ismail. Si kakak pula bernama Nur Ain Farhana bt Ismail. Name pun comel-comel kan..hehehe

Act kb bukan nak cerita tentang anak buah kb ni, tapi kb nak cerita macam mana kb boleh tahu yang kb akan dapat anak buah lagi..coming soon..heheh..

Baru-baru ni kaklong kb datang rumah nak beli vitamin shaklee. kb pn tanye die nak vitamin ape. Die pun cakap la nak makan vitamin untuk pregnant. Eh? kaklong pregnant ke? die dok senyum simpul. Hehehe.. Alhamdulillah, kb pun suggest untuk trimester 1 punye vitamin. Jom kite tengok vitamin trimester 1 shaklee.


Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :-

- dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil

- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir

- membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.

- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.

Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.

jom tengok pula antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

~ Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

~ Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.

~ Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.

~ Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :-

~ Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.

~ B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid

~ Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

~Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Boleh juga add on :

~ Vitamin C - menguatkan sistem imun ibu hamil
~ ESP - memberi tenaga untuk si ibu dari alahan dan sentiasa sihat dan bertenaga selama proses hamil


Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan?

Jadi, kaklong kb pun ambil set trimester 1 iaitu vita lea, vita c, ostematrix dan b complex selepas kb terangkan satu persatu fungsi dan kebaikan-kebaikan produk tersebut. Semoga bayi yang bakal lahir sentiasa sihat dan mendapat nutrisi yang seimbang bersama kesihatan ibu yang berpanjangan semasa proses hamil..Insya Allah..


Ha..inilah kaklong kb. Moga kaklong dan bayi sentiasa sihat bersama multivatamin shaklee..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...